Sunday, June 30, 2013

The Old Economies Strike Back Thus Helping Najibnomics


The impact of Abenomics on Japan’s economy is gradually beginning to be felt. Annual GDP growth in the first quarter has been revised upward, to 4.1%, exceeding market expectations and providing a strong indication that the Japanese economy is finally recovering, after two decades of stagnation. Consumer spending is particularly robust, as wages show signs of upward movement.

Moreover, the currency depreciation in the wake of the Bank of Japan’s efforts to increase the annual inflation rate to 2% is expected to benefit exporters, though a substantial effect on the trade balance is yet to be seen, probably owing to higher import costs. In particular, thermal electricity plants have replaced the country’s nuclear plants – offline since the Great East Japan Earthquake in 2011 – and the weak yen has hit the import bill for oil and gas hard.

Japan’s growth revival comes at a time of increasing economic uncertainty in much of the developing world. For example, Japan’s trade statistics for May indicate that exports to the United States increased at a double-digit pace year on year, to around ¥5.1 trillion, while exports to China were sluggish, reaching ¥4.8 trillion. Indeed, the US has overtaken China as Japan’s main export market, as America’s economy, too, recovers from half-a-decade of sluggishness.

For most of the twenty-first century, emerging markets’ rising importance – and, with it, a reordering of the global economy and international relations – has been conventional wisdom. But, today, it is the two largest “old” economies – Japan and the US – that are showing signs of increasing vitality. Japan is seeking to revive its economy through Abenomics. The US economy’s road to recovery is being built on the shale-gas revolution, a revived manufacturing sector, and a decline in the US budget deficit in GDP terms.

The “old” economies appear to be returning to the spotlight. If current trends continue, they may well become the next new thing. When the old economies strike back thus helping Najibnomics.

Japan and US are the top 5 Malaysia trading partners including China. The increased exports to Japan and US will increase the economic growth of Malaysia.

Saturday, June 29, 2013

Peranan Keluarga Wan Mengembangkan Ajaran Dan Syiar Islam di Pulau Tawar dan Jerantut



Keluarga Wan di Tembeling, Jerantut adalah dari keluarga yang pada asalnya sudah menjauhi politik dunia hanya mahu beramal ibadat dan beruzlah. Sebab itu Tun Pedah Yusuf (Tun Da) bin Bendahara Tun Abdul Majid (1720-1802) bawa diri ke Pedah-Tembeling kerana kecewa tidak boleh memerintah Pahang.

Tun Abdullah anak Tun Da cuba claim hak ayahandanya tapi gagal juga. Kedua-dua Tun Da dan Tun Abdullah dinafikan hak mereka di Istana Riau. Kerana tiada darah Bugis dalam darah mereka hanya darah pure 100% darah Bendahara menyebabkan terlepas peluang.

Yang ada campur darah Bugis walau setitik menjadilah Raja di Pahang!

Sebab itu Tun Abdullah berpesan kepada cucu-cicit jangan berpolitik carilah jalan agama...beruzlahlah. 

Maka WZWH boleh katakan moyang-moyang WZWH dulu-dulu mahu mencari jalan yang lurus, hati yang bersih. Jangan berpolitik jadilah philosopher.

Posting WZWH kali ini bukan hendak mempersoal politik tradisonal dulu-dulu, itu benda yang lepas lagi pun WZWH dan keluarga taat setia kepada yang memerintah sekarang. 

WZWH mahu tulis pasal peranan keluarga Wan dalam mengembangkan ajaran dan syiar Islam di Jerantut, Tembeling dan sekarang Pulau Tawar.

200 tahun dulu Engku Khatib (Wan Endut bin Tun Abdullah) telah menyebarkan Islam di Ulu Tembeling.

Engku Khatib Imam Perang: Peranannya dalam Penyebaran Islam di Ulu Tembeling oleh Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff dan Fairuzah Hj Basri sila klik sini.




Perhatikan dalam kawasan makam Engku Khatib yang batu nesannya dari Acheh di Bukit Angus, Kampung Bantal Ulu Tembeling ada sepasang batu nesan dari Brunei yang lebih rendah. Ini ialah makam Puteri Daing Khadija dari kerabat Kesultanan Brunei dan Sulu yang telah berkahwin dengan Engku @ Wan Ahmad bin Engku Khatib yang telah berjaya menyelesaikan isu-isu lanun dan bandit yang mengugat keselamatan negara Brunei pada awal 1900 atas arahan Sultan Pahang yang pertama iaitu Sultan Wan Ahmad.

Berdasarkan laporan etnografi yang dikumpulkan di Kampung Bantal, Engku Khatib dipercayai sebagai orang yang bertanggungjawab menyebarkan Islam dan menguatkuasakan peraturan-peraturan hidup berasaskan syariat Islam di Ulu Tembeling termasuklah Kampung Bantal ini. Tugas awal yang dilakukan oleh beliau ialah membersihkan masyarakat daripada amalan pemujaan dan khurafat. 

Beliau juga dikatakan seorang yang tegas mengamalkan adab-adab Islam dalam keseluruhan tindakan dan pekerjaan. Kepada penduduk Kampung Bantal beliau dikenali sebagai seorang yang sangat warak sehingga diberi gelar “Berak berjampi, tidur berjampi”. Jampi dalam konotasi masyarakat tradisional ialah sama dengan doa.

Engku Wan Ahmad bin Engku Khatib mewarisi personaliti bapanya, sebagai seorang yang menegakkan hukum-hukum agama di kalangan masyarakat Islam di Kampung Bantal. Beliau telah menetapkan hukuman takzir bagi orang yang tidak menunaikan solat Jumaat dengan menjemur di tengah panas dan dicukur kepalanya hingga botak. 

Tindakan tegas ini dilaksanakan mungkin kerana sistem pelaksanaan hukuman Islam telah menjadi warisan sejak zaman pemeritahan Engku Khatib lagi. Selain dari itu, pengajian kitab-kitab agama yang dipelajari di masjid-masjid turut menyumbang kepada pelaksanaan hukum Islam dalam masyarakat tempatan. Antara kitab yang digunakan seperti kitab Musalli dan Faidatul Faraid . Setelah memahami hukum Islam, pelaksanaan mula dikuatkuasakan.(temubual Abu Zaman Yusuf:2009)

Pada zaman Jerantut moden ini tiga orang keturunan Engku Khatib telah secara aktif mengembang dan mempertingkatkan Syiar Islam di Jerantut terutama di Pulau Tawar. Mereka ialah:

  • Maulana Johari
  • Maulana Wan Adli
  • Maulana Wan Helmi

Maulana Johari, 55 menjadi prinsipal di Mahad Tahfiz Darul Uloom Al-Islami Sungai Salan di DUN Pulau Tawar Jerantut. Beliau belajar di Pakistan. Ramai pelajar dari luar Jerantut dan luar negara datang belajar.

Maulana Wan Adli, 39 menjadi prinsipal di Mahad Tahfiz Sungai Badak Jalan Benta di DUN Damak. Beliau belajar di Pakistan. Beliau turut mengajar agama kepada orang Pulau Tawar.

Maulana Wan Helmi, 37 menjadi prinsipal di Mahad Tahfiz Masjid lama Bukit Rang Pulau Tawar dan   Madrasah Mu'allim Yunus Al' Arabiyyah  (Masjid lama Pulau Tawar tempat Aki Mat Kilau Bersumpah-telah direnovate) mengajar agama, fekah, usuluddin dsb. Beliau belajar di Pakistan, Afrika Selatan, Indonesia dan Jepun.

Ulama-ulama dari Yemen didatangkan secara khas mengajar di Madrasah  Mu'allim Yunus Al' Arabiyyah Masjid Lama Pulau Tawar.

Dulu masjid lama Pulau Tawar pernah menjadi markas PAS tapi harapan orang Pulau Tawar untuk melihat PAS mengajar orang kampung tidak menjadi kerana PAS Pulau Tawar kurang ilmu agama. 

Budak-budak muda di Kg Pulau Tawar main tuju dan lontar dart senalo di kedai kopi mana jadi macam itu. Bila ada usaha dari pihak yang benar-benar mahu mengajar agama di Pulau Tawar selalu dilihat oleh PAS Pulau Tawar sebagai saingan.

Oleh kerana Maulana Johari, Maulana Wan Adli dan Maulana Wan Helmi adalah ulama yang berpengaruh dan benar-benar mahu mengajak orang Melayu/Islam Jerantut ke jalan agama yang lurus seperti mengikut moyang Engku Khatib maka masyarakat Islam Jerantut menyokong dan memberi sumbangan dana  kepada Mahad-Mahad mereka.

Kerajaan Negeri Pahang mengiktiraf sumbangan dan kerja dakwah tiga orang maulana ini, orang-orang kaya suka membantu dan pemimpin-pemimpin UMNO murah hati menderma kepada mereka. Ini yang membuatkan PAS Jerantut tertekan kerana bukan sahaja PAS Jerantut kekurangan ilmu Islam malah lebih fokus mendidik anak muda Jerantut lebih kepada politik fanatik Assobiyah.

Cuba orang Jerantut bertanya apa sumbangan pemimpin-pemimpin PAS kepada pengembangan ajaran dan syiar Islam di Jerantut? Hampeh. Buat sebuah dewan di Kg Temin, Jerantut bagi orang India  mengadakan perayaan Hindu bolehlah lepas itu membersih kubur-kubur orang India. Pastu mengadakan perjumpaan dengan paderi-paderi Kristian di Gereja Sg Jan Jerantut.

Bagaimana dengan keluarga Wan yang berpolitik. Apa pula sumbangan mereka. Selain menderma di masjid-masjid dan surau-surau di Tembeling khabarnya:

  • Dato' Wan Abu Bakar cicit Engku Khatib mahu serious buat sebuah madrasah atau Mahad Tahfiz di Kuala Tahan.
  • YB Dato' Wan Amizan, gamit Engku Khatib, ADUN Tahan pun selalu bercakap ada cita-cita besar mahu buat sebuah Mahad Tahfiz atau rumah anak yatim di Kuala Tembeling.

Ini satu perkembangan yang sihat elok keluarga Wan Jerantut melabur dalam kerja-kerja agama lagi baik ini boleh dapat dividen akhirat.

Apa yang YH Dato Sharif Shamsuddin dari Pedah, Jerantut, tokoh korporat Pahang menderma zakat beratus ribu ringgit  kepada orang Jerantut setiap tahun adalah perbuatan yang mulia dari seorang pemimpin UMNO Jerantut.

Friday, June 28, 2013

Salma Rachid Diva Arab In The Making...



Salma Rachid, 19 tahun, penyanyi berbakat besar dari Casablanca, Morocco. Walau mendapat no 5 dalam pertandingan Arab Idol musim ke 2 di Beirut, Lebanon, beliau merupakan peserta paling muda dapat memukau dunia seni Arab terpaku kepada bakat, kecantikan dan power vokalnya.

WZWH pertama kali melihat Salma Rachid menyanyi dalam utube terus dapat merasakan Salma Rachid is diva Arab in the making. Terus WZWH cari dan add FB Salma Rachid dan posting pada wall "You have something rare in the Arab world : a great voice with a huge charisma".

Bagus dengar lagu Arab neh..walau tak tahu apa maknanya...mungkin boleh dapat pahala!!!

Ini lagi satu show dari Salma Rachid.



Ini pula duet Salma Rachid dengan Ziad seorang penyanyi popular Arab.


Bagaimana Politik Haluan Kiri Membantu UMNO Mencapai Kemerdekaan?


Politik haluan kiri adalah politik menentang Penjajah British. Termasuk Jepun. 

Kadang-kadang Jepun mengguna politik haluan kiri untuk kepentingan menentang British.

Juga British menggunakan politik haluan kiri bagi menentang Jepun.

Tapi bila politik haluan kiri mahu merdeka maka baik British dan Jepun membenci politik haluan kiri dengan mengharamkan kegiatan politik haluan kiri.

Berbeza dengan UMNO yang pemimpinnya adalah dari golongan feudal Melayu ada budaya negotiation lalu cooperation.

Ini tidak disukai oleh politik haluan kiri kerana ketegasan dan semangat berkobar-kobar mahu menghalau penjajah.

Oleh kerana politik haluan kiri ramai pemimpinnya dari Pahang, ramai aktivis politik haluan kiri dari orang Melayu Pahang maka WZWH perlu berlaku adil dalam menilai perjuangan mereka.

Tidak dinafikan semangat Pahlawan Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau dan juga semangat nenek moyang melawan penjajah Belanda di Indonesia menjadi asas dan panduan serta pendorong motivasi  orang Melayu Pahang sangat benci kepada penjajah.

Bila Jepun dan British mengharam politik haluan kiri dan mahu menangkap mereka maka mereka orang Melayu Pahang  masuk hutan perang gerila bergabung dengan PKM (Komunis)...

Maka Regimen ke-10 ditubuhkan 'Komunis Orang Melayu Pahang'.

Mereka orang Melayu Pahang yang kerana keadaan, tekanan, spontan, rela atau tidak rela jadi komunis. Tapi Islam, Raja, Melayu dan Bahasa Melayu dipertahankan.

Komunis hanya wadah untuk menghalau penjajah bagi mereka.

Bagaimana politik haluan kiri atau Komunis Orang Melayu Pahang membantu UMNO mencapai kemerdekaan?

April 1930
PKM didirikan di Kuala Pilah Negeri Sembilan. Matlamat perjuangan: lawan imperialisme untuk pembebasan nasional. Semboyan: pembebasan nasional

Mei 1937
KMM didirikan, di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Matlamat perjuangan: Kemerdekaan tanah air. Semboyan: merdeka

1941
Jepun ceroboh Malaya
British adakan latihan singkat latih kader PKM (atas desakan PKM)

1942
PKM mendirikan Rejimen 8 Rejimen Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA).
Mustapha Hussein atas nama KMM menuntut Jepun memberikan kemerdekaan
KMM diharamkan oleh Jepun

Mei 1945
PKMM didirikan di Ipoh, Perak, kemudian berpindah ke Kuala Lumpur. Matlamat perjuangan: meneruskan cita-cita KMM, berjuang untuk kemerdekaan tanah air. Semboyan: Merdeka
Sayap Pemuda: API kemudian PETA
Sayap Wanita: AWAS
Sayap buruh: Kesatuan Buruh Melayu
Sayap Tani: Barisan Tani Malaya

Ogos1945
1945 Jepun menyerah diri, kerana pengkhianatan ejen dalam selimut Lai Te, penjajah British kembali semula ke Malaya.
PKM membubarkan pasukan MPAJA

1946
Abdullah C.D. dan pimpinan tinggi PKMM pindah ke Kuala Lumpur, menginap di Rumah Merdeka dengan bantuan Sutan Djenain.
Abdullah C.D. dirikan Jabatan Kerja Melayu PKM.
UMNO didirikan. Matlamat perjuangan: Membela Kepentingan bangsa Melayu. Semboyan: Hidup Melayu

1947
Kongres Serantau Asia di New Delhi. Bincangkan soal kemerdekaan tanah-tanah jajahan dan setengah jajahan. Rombongan Malaya - Dr. Burhanuddin, Ganapaty, Miau Siau, Abdullah C.D. Salleh Daud atas nama kesatuan buruh dan PKMM, Ibu Zain atas nama wakil bebas.
penjajah British menelurkan Malayan Union. UMNO mempelopori perjuangan.
Barisan Bersatu Putera Amcja ditubuhkan – mengemukakan 10 fasal perlembagaan rakyat untuk sebuah negara merdeka.

Feb. 1948
Penjajah British menelurkan Persekutuan Tanah Melayu. Tuntutan kemerdekaan dari PUTERA – AMCJA diketepikan

Mei 1948
Abdullah C.D., Dr. Burhanuddin dan Ahmad Boestamam mengadakan pertemuan sulit , memutuskan perjuangan kemerdekaan harus menempuh 2 cara serentak – perjuangan massa dan perjuangan bersenjata.

Awal Jun 1948
Sekolah Parti Kem SeMalaya di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang, persiapan melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British.

Pertengahan Jun 1948
Penjajah British mengistytiharkan Undang-Undang Darurat. Semua parti-parti yang berjuang untuk kemerdekaan diharamkan. Parti2 itu ialah: PKM, PKMM, API/PETA, AWAS, BTM, Hisbul Muslimin, Kesatuan2 Buruh dan lain-lain. Pemimpin gerakan kemerdekaan ditangkap. Antara mereka ialah Ahmad Boestamam, Pak Sako,Kamarulzaman Teh, Rashid Maidin, Abdullah C.D., Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan ramai lagi.
PKM melancarkan perjuangan bersenjata. 8 Rejimen pasukan MPAJA dipulihkan semula.
aktivis PKMM, API, AWAS, Barisan Tani berundur ke hutan bentuk pasukan gerila

1 Februari 1949
PKM merasmikan pasukan gerila anti-British sebagai TPNM.

21 Mei 1949
Abdullah C.D. mendirikan Rejimen Ke-10 di Kerdau, Temerloh, Pahang.

1950
Tunku Abdul Rahman ambil alih UMNO – memulakan perjuangan untuk kemerdekaan, semboyan Hidup Melayu dibubah menjadi Merdeka. Semua parti politik berjuang utk kemerdekaan – UMNO dan perjuangan bersenjata.

1953
peperangan yang berlangsung menyebabkan penjajah British terlepur dalam rawa-rawa perang yang tak bertepi.
Akibat dari perang tersebut, penjajah British menerima pukulan yang teruk dibidang ekonomi, politik dan militeri.
sebahagian pasukan Rejimen Ke-10 dipindah ke kawasan sempadan. 

1955
Perundingan Baling, antara PKM dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku memaksa PKM menyerah diri dan menerima syarat penjajah British. PKM menolak dengan tegas di atas dasar tidak adil dan tidak menasabah.
PKM meneruskan perjuangan bersenjata. Berlangsunglah perang dalam negeri.

31 Ogos 1957
British mengiktiraf kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu tetapi tetap mengawal bidang ekonomi dan ketenteraan.

1988
perundingan tingkat rendah antara Abdullah C.D. dan Ghafar Baba. Kedua-dua pihak telah mengenal tititik persamaan untuk menamatkan peperangan.

1989
perundingan tingkat tinggi antara PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Diraja Thailand

2 Disember 1989
Upacara penandatanganan persetujuan damai 3 pihak di Haadyai. Selatan Thai Perjuangan bersenjata ditamatkan, pasukan TRM termasuk Rejimen Ke-10 dibubarkan dan semua senjata dimusnahkan.

Untuk pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO memahami kebangkitan politik Pakatan Rakyat maka perlulah mengetahui strategi-strategi Politik Haluan Kiri.

Apa Ahli Parlimen Jerantut Perlu Buat Harapan Orang Muda?



Cikgu Ahmad Nazlan, ahli parlimen Jerantut , bersongkok, sedang menolak perahu bersama isteri semasa mudik Sungai Tembeling ke kampung-kampung tradisional di Ulu Tembeling.

WZWH mengetengahkan posting harapan orang muda Jerantut dari Blog Ceritalah terhadap YB Cikgu Ahmad Nazlan ahli parlimen Jerantut sila klik sini.

Pilihanraya sudah pun habis, MP sudah mula berbahas. Tidak lama lagi macam-macam gelagat yang kita tengok. Nanti PRK pula kat Terengganu. Nampak gaya cakap-cakap pasal politik tidak surut-surut juga la.

Orang Jerantut nampaknya masih selesa dengan UMNO untuk terus meneraju parlimennya. Sedikit sebanyak harap kebaikan atau jasa yang ditinggal oleh Ku Lan akan terus dikesinambungan oleh YB baru kita ini.

Harapnya YB baru ini dapat mengenegahkan isu-isu penting untuk Jerantut ini macam:

  • Coverage internet, TV di kampung-kampung
  • Jalan Jerantut-Benta dinaiktaraf
  • Harga rumah-rumah di Jerantut yang tinggi
  • Peluang pekerjaan untuk orang muda
  • Dan banyak lagi

The Legend Of Wan Ali The Last Communist Freedom Fighter From Jerantut

The British viewed Wan Ali as a communit terrorist, the Pahang Malay bandit leader...as illustrated in The Straits Times 9 August 1949...


The Straits Times exclusively 10 August 1949 further elaborated...The End Of Wan Ali please click here.

The full account of how Wan Ali who claimed that only a silver bullet could kill him- 'king of invulnerable cult' fell shot by home guard villagers please click here.

The official blog of 10th Malay Communist Regiment otherwise praised Wan Ali as a brave warrior from Jerantut please click here.

16 Jun 1949 Penghulu Pulau Tawar Encik Kamaruddin bin Haji Akir telah ditembak mati di rumahnya . Pihak polis British menuduh Wan Ali yang membunuhnya. Walaubagaimana pun terdapat saksi yang berada ditempat kejadian (kini telah meninggal dunia) memaklumkan bahawa pembunuh sebenar bukan Wan Ali.

7 August 1949 - Wan Ali telah dibunuh oleh pasukan pengawal kampung yang pro polis British ( Ada dua pendapat . Pendapat pertama mengatakan Wan Ali adalah pejuang kemerdekaan dan satu lagi pendapat mengatakan Wan Ali adalah penganas komunis) . Anda bagaimana ? Salah seorang pengawal kampung yang berjaya membunuh Wan Ali dipercayai masih hidup dan kini menetap di Bentong)

Wan Ali Penderhaka atau Perjuang ?

Al Fatihah . Hari ini orang yang amat mengenali Wan Ali telah meninggal dunia di Bentong pada usia 87 tahun . Semoga roh beliau dan Wan Ali dicucuri rahmat dan diberkati Allah dan Allah ampunkan segala dosa mereka jika ada . Dan semoga anak cucu dan waris mereka juga mendapat keampunan Allah hendaknya . Amin

Wednesday, June 26, 2013

Legenda Jerebu Riau Bantu Najib Perlahankan Momentum Black 505



Jerebu choked by haze membadai Singapura dan Malaysia.

Kita tahu jerebu itu datang dari Indonesia. Which part? Riau.

Riau lama kita pernah dengar Inderagiri, Rokan, Siak, Kampar, Bengkalis , Pulau Bintan dan Batam.

Bandar baru ialah Pekanbaru, Dumai dll. Populasi 5.5 juta orang. Keluasan 87,023.66 km2.

Walau dasar Indonesia menghantar ramai orang Jawa ke seluruh pelusuk Indonesia namun orang Melayu masih 38 % etnik terbesar di Riau.

Riau adalah salah satu wilayah Indonesia yang kaya dengan petroleum, gas asli, getah, kelapa sawit. ladang fiber. Pertumbuhan ekonomi 8.7%.

Pelabur Malaysia hampir lebih 70% melabur dalam perladangan kelapa sawit Riau.

Riau sebenarnya "bukan Indonesia". Raja Melayu dulu tidak cuba negotiate dengan Inggeris dan Belanda supaya Riau kekal bersama Johor, Pahang, Lingga termasuk Singapura.

Lingga adalah pulau dengan Kota Daik. Tentu ingat pantun ini:

Pulau Pandan jauh ke tengah, 
Gunung Daik bercabang tiga, 
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Dulu Riau adalah negeri nenek Moyang. Sultan bertaktha dan bersemayam di Riau dan Kepulauannya.

Bendahara di Pahang dan Temenggong di Johor setiap tahun kena menziarah Riau. Bila berlaku perubahan kepimpinan selalulah keputusan menentukan siapa Bendahara dan siapa Temenggong dibuat di Riau.

Hanya bila saat akhir bila Belanda dan Inggeris cuba merajakan 2 Sultan maka Sultan yang kemudian bersemayam di Singapura.

WZWH akui posting ini agak nostalgia sejarah. Selepas Perjanjian London (Inggeris-Belanda 1824), kita kehilangan Riau, Lingga dan seterusnya Singapura.

IF ONLY....dapat kekalkan Riau, Lingga dan Singapura bayangkan kekuatan ekonomi bercampur pula dengan Johor dan Pahang.

Kembali kepada tajuk posting WZWH. Perhimpunan Black 505 yang mahu dibuat kalau boleh setiap hari, setiap minggu di setiap bandar-bandar besar adalah untuk menunjukkan kuasa, pengaruh, dakyah bahawa keputusan PRU 13 itu penuh tipu daya.

Ramai orang cerdik dan muda percaya...

Nasib baik dekat dengan persidangan parlimen penggal yang pertama berlaku jerebu yang teruk hingga memberi kesan kepada perhimpunan haram 505.

Walaumacamanapun  pengikut dan orang cerdik dan muda percaya kepada dakyah bahawa keputusan PRU 13 tipu hakikatnya semua 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat telah mengangkat sumpah di parlimen membuktikan keputusan PRU 13 adalah diterima dan sah.

Hanya penyokong yang fanatik membuta tuli merempuh, merenggus yang sanggup dibiar taken for good long ride...

Tuanku Sultan Pahang Melancarkan Tenun Pahang Diraja Dan Buku

L1410116_edited.JPG

HIS ROYAL HIGHNESS SULTAN AHMAD SHAH OF PAHANG LAUNCHED THE BOOK 'TENUN PAHANG DIRAJA; WARISAN, TRADISI DAN FALSAFAH' ON 20 JUNE 2013 AT ROYALE CHULAN HOTEL IN KUALA LUMPUR.

The exhibition, gala dinner, fashion show, cultural dance and book launch was graced by His Royal Highness Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar of Pahang who consented and granted the term 'DiRaja' meaning 'Royal' to 'Tenun Pahang' which is the fabric now registered as the proprietary rights exclusive to 'Tenun Pahang DiRaja' so no one and no other state can use this term.

The book and preservation of this ancient art of weaving was spearheaded by the Crown Princess of Pahang Her Highness Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Sultan Iskandar who is a Johore princess.

"I was inspired by my beloved husband Tengku Abdullah who encouraged me to preserve the art of tenun weaving," said Tengku Puan Pahang. "When we started, we discovered sadly there were only 15 weavers left and all were in Pekan, the royal town of Pahang. 

"The art of weaving tenun was in critical condition as young women were disinclined to learn how to weave as they prefered modern jobs like working in factories. I saw this artform was on the verge of extinction as tenun is considered the pride of Pahang. So we must thank my husband Tengku Mahkota Pahang and the Ministry of Culture who helped my team so much."

The Pahang Crown Prince and Crown Princess then approached the Sultan of Pahang who consented to brand the fabric as 'Tenun Pahang DiRaja' with the usage of his personal crest. 

"His Royal Highness the Sultan of Pahang granted this royal privilege on 8 May 2006,' recalled Tengku Puan Pahang reverentially. "We are so grateful to the Sultan of Pahang for bestowing this honour.

"We have registered this as our intellectual property so no other state can claim tenun Pahang as their own."

L1410116_edited.JPG

His Royal Highness Sultan Ahmad Shah of Pahang wore a splendid suit of Tenun Pahang DiRaja.

L1410116_edited.JPG

Tengku Puan Pahang explaining the details to her father-in-law the Sultan of Pahang.

L1410116_edited.JPG

Tuanku Sultan Pahang really interested in pink tenun Pahang Diraja fabric.

L1410116_edited.JPG

WZWH love the kalimah Allah and Muhammad on tenun Pahang Diraja textile...never mind just take one and put under ADUN Tahan's account!

L1410116_edited.JPG

The Pahang Sultan watching a tenun weaver.

L1410116_edited.JPG

L1410116_edited.JPG

Standing to attention as the state anthem of Pahang was played. The Sultan of Pahang with the future Sultan and Tengku Ampuan of Pahang.

L1410116_edited.JPG

Kebudayaan Pahang show.

L1410116_edited.JPG

Examples of products made of Tenun Pahang Diraja

L1410116_edited.JPG

L1410116_edited.JPG

The first fashion show by Rodziah Yusuf of Kraftangan.

L1410162_edited.JPG

Jovian Mandagie collection.

L1410162_edited.JPG

HH Tengku Puan Pahang making her speech to thank the Sultan of Pahang and her husband the Crown Prince of Pahang.

In her speech, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Sultan Iskandar thanked her father-in-law the Sultan of Pahang and her husband Tengku Abdullah for inspiring and encouraging her and her team to raise awareness and funds for building a craft centre and school to propagate the art of weaving tenun, now given the seal of approval with the personal crest of the Sultan of Pahang. 

Said the Crown Princess of Pahang, "The 15 weavers just sat on the floor to create their masterpieces. I want to develop this fabric to be internationally famous like Jim Thompson of Thailand. 

"I think the future of Tenun Pahang DiRaja is bright as there are now 200 weavers! We have developed a proper syllabus and trained weavers so they can continue making tenun while earning a decent income.

"Some are from correctional institutions so I call them my Jailhouse Rock team of weavers!" said the irrepressible Crown Princess of Pahang to applause from the audience. 

"I am proud that these inmates have discovered a hidden talent which is being recognised tonight. Some of the fabrics you see tonight were woven while they were serving their term."

The Sultan of Pahang listened intently as his daughter-in-law spoke passionately about the royal textile that now carries his royal insignia. 

As Tengku Puan Pahang returned to her seat, the Sultan of Pahang clapped and honoured her by standing to congratulate his daughter-in-law! What an honour! And Tengku Puan Pahang deserved it as she and her team had worked indefatigably for months to produce such a sensational evening!

L1410224.JPG

HRH Sultan Ahmad Shah of Pahang chatting with a tenun weaver.

L1420947.JPG

The Sultan of Pahang looking at the book as his son Tengku Mahkota Pahang looks on and author Farid (in green shirt) looks nervous.

L1420947.JPG

All smiles.

All fotos provided by courtesy of fellow blogger KHC.

Najwa Karam Penyanyi Arab Hebat...



Najwa Karam is a Lebanese Multi-Platinum, Best-Selling Recording Artist in the Middle East, who has sold over 50 Million records worldwide.

Tuesday, June 25, 2013

Politik Hendaklah "Cerdik Melayu" Membina Ekonomi Bangsa




Isu Dasar Ekonomi Baru menjadi tiba-tiba hangat selepas keputusan PRU 13. Orang Melayu mahu DEB dihidupkan semula. Sebelum itu umum sudah tahu betapa kecewanya dengan partisipasi dan prestasi orang Melayu dalam ekonomi dan dalam pemilikan kekayaan Negara.

Tetapi yang peliknya selain dari sebilangan kecil yang muncul bercakap mengenai isu itu hampir tidak kedengaran yang lain bercakap secara jelas dan positif megenai cabaran besar itu; iaitu bagaimanakah kekayaan Negara dapat diagih supaya kaum Melayu tidak ketinggalan dalam Negara yang maju membangun.




Bagi pemimpin Melayu sepatutnya tidak ada yang lebih mustahak dan berprioriti lebih utama dari isu ekonomi kaum Melayu. Politik kepada orang Melayu tidak ada erti jika ia tidak dijadikan kunci kejayaan dan kemajuan kedudukan kaumnya.. 

Tersirat dalam cakap-cakap mahu memilik sekurang-kurangnya 30% dari kekayaan Negara ialah kemahuan menjadikan itu sebagai jaminan bagi kaum Melayu menjaga maruah di tanah air sendiri.

Umum juga tahu bahawa apa pun jaminan bagi kaum Melayu yang termaktub dalam mana-mana dokumen itu adalah tidak sama dengan keteguhan ekonomi yang ada di tangan. Perkara-perkara lain bukan tidak penting tetapi jika perkara-perkara itu tidak diadun bagi menghasil keteguhan kedudukan ekonomi kaum Melayu secara relatif orang Melayu pada ‘amnya akan mengalami masalah.




Sama ada wujud atau tidak Dasar bagi menolong orang Melayu pemimpin Melayu perlu pastikan supaya pengurusan kearah itu diperhebatkan. Langkah sedemikian memerlukan usaha, tenaga, kaedah dan sumber yang luar dari biasa yang perlu dicari, dikhtiar dan dilaksanakan sebagai satu misi kebangsaan. 

Dari sudut orang Melayu jika pemimpin yang mereka angkat tahun demi tahun untuk memimpin mereka hanya pandai jadi pentadbir membangun Negara, menjaga keselamatan Negara, mengibar jalur gemilang terbesar, menarik pelabur asing dengan banyak, memungut pelbagai cukai dengan efisyen dan mempertajam daya saing di antarabangsa sedangkan dalam urusan semua itu orang Melayu tidak dapat tumpang maju secara relatif selari dengan kaum-kaum lain maka semua itu sia-sia; semua kejayaan itu tidak bererti, tidak relevan. 

Jangan pula ada yang cepat beranggapan bahawa jika perhatian diberi kepada menolong orang Melayu kaum-kaum lain dan Negara akan terabai. Apabila berada dalam kegagalan meletakkan 30% dari kekayaan Negara ditangan orang Melayu setelah 57 tahun Negara merdeka rakyat dan kerajaan perlu bersama-sama menyelami masalah dan mencari kaedah dan jalan yang dapat menjayakan apa yang belum tercapai.




Meminta kepimpinan memberi prioriti kepada cabaran memajukan orang Melayu tidak sekali-kali bermaksud supaya pemimpin mengabaikan tugas kenegaraan. Yang dikehendaki ialah supaya Negara ditadbir dengan pengurusan yang terbaik sambil luang dan ruang yang berkualiti perlu dikhaskan bagi memikir dan melaksana dasar dan program yang dapat memberi kesempatan kepada orang Melayu berpartisipasi secara berkesan dalam pembangunan negara; iaitu berusaha di segala peringkat dengan menggunakan ilmu pengtahuan, kepadaian, teknologi dan jaringan untuk meneguhkan kedudukan diri dan kaum. 

Memiliki asset dan menyuburkan asset selari dengan kemajuan Negara adalah jaminan maruah bagi Melayu.Yang nyata dari segala segi ialah ekonomi lah yang akan menjamin kedudukan dan maruah kaum Melayu di tanah air sendiri. Bagi orang Islam sudah tentu perolehan keteguhan kedudukan ekonomi hendaklah selari dengan mencari keredhaan Allah.

Oleh itu yang penting dalam ‘perjuangan’ politik Melayu ialah membina keteguhan ekonomi kaum. Untuk itu adalah perlu supaya iktibar diambil dari pengalaman pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.  WZWH  mengajak seluruh orang Melayu memusatkan perhatian kepada destini bersama dikalangan kaum Melayu dan dikalangan pelbagai kaum. Bagi pemimpin-pemimpin Melayu pemerahan otak dalam politik mesti menyumbang kepada kemajuan kaum Melayu secara ‘cepat’.




Politik hendaklah ‘cerdik Melayu’. Politiking yang memecahbelah perlu diredakan bahkan dihentikan; perbezaan pendapat dan pegangan perlu ditangani secara yang tidak menghalang kemajuan ekonomi. Tugas amat besar yang dihadapi bersama oleh orang Melayu ialah bagi menjayakan usaha meneguh ekonomi. 

Jika pelbagai virus dibiar melemah partisipasi orang Melayu maka tidak mungkin usaha besar itu dapat menghasil kejayaan. Kaum Melayu akan kecewa dengan ketiadaan satu treatment yang serious dan mendalam dari pemimpin Melayu untuk membuat penilaian dan memilih strategi bergeliga dalam menghadapi cabaran meneguhkan ekonomi mereka.

ADUN Tahan 2 Minggu Di Kota London...Apa Ke Benda Besar Urusannya?

ADUN Tahan sudah 2 minggu tidak kelihatan. Dari segi teknikal oleh kerana Dewan DUN Pahang belum bersidang lagi post PRU 13 maka belum angkat sumpah lagi.

Tapi ADUN Tahan menang dikawasannya PRU 13. Keputusan pertama Pahang yang keluar rasmi diumumkan oleh SPR di kaca TV.

ADUN Tahan 2 minggu Di Kota London...Apa ke benda besar urusannya?

Baru bulan lepas ADUN Tahan berjetski ke Kg Bantal Ulu Tembeling menjengok kawasan dan mendengar urusan orang kampung.



















Di Sungai Tembeling Jetski ini kira macam kereta di highway la cepat sampai ke destinasi.



















ADUN Tahan terpaksa meredah tujuh jeram besar, deras dan laju bila mahu mudik ke Ulu Tembeling.


Speeding jetski....tidak mengapa tiada saman trafic di sungai.



















Ahli politik yang kerja kuat boleh hilang stress bila berjetski menikmati pemandangan dan keindahan sungai, flora dan fauna di Sungai Tembeling.



















What a beautiful sky...beautiful Kg Bantal Ulu Tembeling.



















Setelah sampai minum teh...bersama urusan orang kampung dan juga memungkor...
























ADUN Tahan 2 minggu di Kota London besar urusannya.
























ADUN Tahan strolling along George Street in London..biarlah ADUN ini 'melatoe' berseorangan berehat menenangkan fikiran walau beliau tidak pernah "cemoh, hamun atau suan" dengan apa-apa permasalahan dan gelagat pengundi di DUN Tahan.

ADUN Tahan perlu ke Kota London berurusniaga buat mencari modal untuk kesenangan dan kemudahan rakyat DUN Tahan. Orang UMNO Jerantut perlu diceriakan.

ADUN Tahan mungkin memikirkan strategi dan hala tuju UMNO Bahagian Jerantut post PRU 13.

ADUN Tahan juga memandang jauh hala tuju BN Jerantut menghadapai PRU 2018.

Banyak benda dan urusan besar ADUN Tahan di Kota London untuk memikir, merancang, dan yang paling penting memimplementasi.

WZWH hope this coming weekend , ADUN Tahan has free time mengeteh di cafe Kg Bantal...

Monday, June 24, 2013

Kg Bantal Ulu Tembeling At Night...























































































































Indonesia "Perlu Ubah, Ini Kali " Cara Menangani Jerebu




Jerebu merupakan aktiviti rutin sejak 16 tahun dulu tapi masih Indonesia buntu menanganinya.

Kita lihat Menteri Indonesia naik berang lalu menempelak Singapura bising macam kelakuan kanak-kanak.

Memang kanak-kanak sudah lemas dengan jerebu bahaya hingga semua sekolah tutup. Dengan IPU index paras melebehi 400.

Dari segi perundangan, Indonesia cukup mekanisme legalnya ada peruntukan menyekat pembakaran hutan untuk menerang tanah, perladangan dan perlindungan hutan

Individu dan Syarikat yang bakar hutan akan dikenakan 10 tahun penjara dan denda dari 10 bilion rupiah ke 15 bilion rupiah.

Peruntukan undang-undang ada cuma implementasinya saja. Pihak berkuasa Tempatan dan polis perlu pastikannya bukan tutup mata.

Bukan semua provinsi mengazetkan undang-undang melarang pembakaran hutan.

Pembakaran hutan tetap berlaku setiap tahun.

Hanya bila jerebu menyerang Malaysia dan Singapura baru Jakarta mahu memberi perhatian.

Apa langkah-langkah asas untuk menangani pembakaran hutan. Penalti yang berat perlu dikenakan kepada pembakar hutan sebagai amaran dan peringatan tegas kesan teruk jerebu yang menggangu aktiviti pengangkutan dan pendidikan.

Ekoran pertemuan Pihak Berkuasa Indonesia dengan Singapura dan Malaysia, Indonesia "perlu ubah, ini kali" cara menangani Jerebu.

Operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah gambut di Riau melalui kaedah pembenihan awan oleh pasukan menangani bencana Indonesia berjaya menghasilkan hujan di Bukit Kapur, Dumai pada Ahad. 

Pasukan gabungan yang diketuai Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia itu memperhebat operasi pemadaman kebakaran secara bersepadu untuk hari kedua pada Ahad dengan operasi darat dan udara. 

Operasi pemadaman oleh pasukan darat dan udara akan diteruskan. Pasukan udara mengerahkan dua helikopter Bolco untuk melakukan pengeboman air dan dua pesawat Hercules dan Cassa untuk melakukan pembenihan awan.

Semalam, operasi bersepadu yang menggunakan dua helikopter Bolco yang mampu mengangkut 500 liter air, melakukan 16 kali pemadaman melalui kaedah pengeboman air di daerah Mandau dan berjaya memadamkan kebakaran di kawasan seluas 100 meter persegi. 

Dalam operasi pembenihan awan pula, dua tan garam telah ditabur ke dalam awan menggunakan dua pesawat Hercules di daerah Mandau, Bengkalis dan Duri. Operasi darat juga dilakukan di Bengkalis dengan mengerahkan anggota tentera dan polis, masyarakat tempatan, Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) dan agensi-agensi kerajan yang berkaitan.

Kuantan Catat IPU 140 Sekolah Cuti

WZWH terima call pukul 3.30 pm dari rakan kerja kata semua sekolah di Kuantan cuti esok 24 Jun 2013 sebab jerebu teruk melanda. 

Kalau ikut bacaan IPU 140. Itu sebab MB Pahang arah cuti. Kuantan tidak seteruk Muar catat IPU 746.

Pada mulanya WZWH ingat IPU Kuantan antara 300 ke 400. Pada sebelah petang WZWH ke luar ke bandar Kuantan untuk meninjau keadaan jerebu.


Ini pemandangan dari atas Hotel Zenith nampak East Coast Mall dan seluruh bandar Kuantan jerebu teruk.




















Ini bukan gadget baca IPU cuma kebetulan bacaan radioaktif 140 nSv /hr sama dengan catatan IPU 140. Alat pengukur ini dibina Lynas Corp untuk membuktikan operasi Kilang Lynas di Gebeng selamat.



















Bangunan mercu tanda MPK memang nampak berjerebu di horizon penglihatan.



















Bangunan kedai di Jalan Mahkota.



















Hospital Besar Kuantan nampak kabur.

Bila berjerebu, udara kotor dan tidak sihat. Sesak bernafas. Mata pedih berair dan mula sakit tekak. Rasa moody semacam. Cuaca panas, kering dan berjerebu.

Pada masa inilah WZWH ingat my hometown Jerantut especially Tembeling.

Hutan Tembeling, sungai, anak-anak sungai, air terjun, jeram, flora dan fauna.

Inilah musibahnya jika kita tak cakna ke alam sekitar. 

Bila korporat mengejar untung semata-mata tanpa mempedulikan alam sekitar yang menyumbang kepada sistem ekologi untuk kehidupan.

Sunday, June 23, 2013

Siapa Korporat Malaysia Terlibat Bakar Hutan Indonesia?



Balthasar Kambuaya Menteri Alam Sekitar Indonesia. Beliau menempelak Singapura menjerit bising macam kanak-kanak berikutan isu jerebu.


Bila Indonesia mendakwa ada korporat dari Singapura dan Malaysia yang terlibat membakar hutan Indonesia-ladang kelapa sawit maka Singapura dan Putrajaya memberi amaran akan ambil tindakan tegas kepada syarikat yang terlibat.

API @ IPU tertinggi dicatat 746 di Muar. 2 kali berganda tahap bahaya.


Bomba Indonesia sedang memadamkan kebakaran di ladang kelapa sawit kepunyaan korporat Singapura. Korporat Malaysia pun terlibat sama.

Menteri Alam Sekitar Indonesia, Balthasar Kambuaya mengenalpasti 8 syarikat ada hubungan dengan Malaysia sedang disiasat kerana membakar hutan di Riau dan Jambi.

Menteri berkata 8 syarikat dimiliki oleh pelabur Malaysia dan kebakaran didapati dikonsesi mereka.

8 Syarikat itu ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.

Menteri menambah jika cukup bukti, kerajaan akan bawa kes mereka ke mahkamah. Penyiasat Indonesia masih lagi di lapangan menyiasat lebih lanjut.

Ada 14 lagi syarikat ladang kelapa sawit yang sedang disiasat.


Sinar Mas dan APRIL antara korporat Singapura yang dikatakan terlibat membakar hutan Indonesia.

Kerajaan Malaysia juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap korporat dan pelabur dari Malaysia yang terlibat.

Kerajaan Malaysia juga menawarkan pembenihan awan bagi mengurangi jerebu jika Indonesia berminat.

Anwar Ibrahim Perlu Perjuangkan Isu-Isu Alam Sekitar Global Macam Al Gore


Anwar Ibrahim sama nasibnya macam Al Gore. Dua orang ahli politik ini senasib pernah jadi Timbalan PM dan Naib Presiden.

Anwar tersingkir kerana dipecat manakala Al Gore kalah bertanding Presiden Amerika dengan Bush Junior. Ada penganalisis politik  Amerika yang mempersoalkan sistem kira undi PRP yang meragukan.

Tapi Al Gore tidak turun di jalanan menghasut rakyat Amerika berdemo suruh kira undi semula atau dakwa SPR Amerika menipu. Al Gore menerima kekalahan itu.

Itu bezanya ahli politik Barat dengan ahli politik dari Asia.

Di Asia ahli politik boleh jadi PM 3 kali. Menang...kalah...menang...kalah...menang...lepas tu kena bom.

Ada yang menang...kalah...lepas itu sponsor adik hingga menang jadi PM.

Di Asia semua keluarga berpolitik...suami...isteri, anak lelaki...anak perempuan...menantu boleh belaka.

Tetapi Al Gore seorang juru kempen isu alam sekitar yang baik. Boleh menyampaikan kepahaman isu-isu alam sekitar kepada dunia.


Tentu kita masih ingat mesej yang disampaikan Al Gore sangat jelas dan tajam ketika Jamuan Makan Malam pemimpin APEX di Kuala Lumpur 1998 dulu, tanpa menjamah makan dan belah majlis selepas Al-Gore memberi speech yang mengangkat Anwar Ibrahim-Reformasi!

Terkedu Mahathir dan melopong Lee Kuan Yew.

Anwar Ibrahim perlu ikut jejak Al Gore...

Dari memperjuangkan perhimpunan haram  dan demonstrasi jalanan menyemarakkan isu-isu SPR tipu, PRU tipu, kerajaan BN korupsi, popular vote BN, mempersoalkan sistem Westminster England yang telah diamalkan selepas 1957...adalah lebih baik:

  • Anwar Ibrahim memperjuangkan isu-isu alam sekitar global kalau tidak pun rantau ASEAN.
  • Anwar Ibrahim jurucakap dan jurukempen yang baik.
  • Anwar Ibrahim lebih noble kalau mengikut jejak Al Gore.


Ini makam politik tertinggi Anwar Ibrahim pernah capai...kesilapan Anwar mudah...beliau gagal jadi PM itu saja. Abdullah Bedawi jadi PM...Najib Razak jadi PM...

Itulah nasib politik Anwar Ibrahim sama dengan Ku Li.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...