Friday, April 29, 2011

Dilema Loji Nuklear Malaysia


Perancangan loji nuklear Malaysia bajet kos RM23 bilion telah berjalan dengan baik dirancang dan dikempen oleh kerajaan namun bencana nuklear Jepun membangkitkan ketakutan dan ketidaktentuan dikalangan semua pengeluar tenaga nuklear dunia.

Faktor ketakutan ada dua sebab. Walaupun kuasa nuklear sumber tenaga paling bersih ianya dibayangi perang nuklear menyebabkan bencana nuklear Hiroshima dan Nagasaki 65 tahun dulu. Ini dikaitkan dengan kemusnahan dan kematian besar. Manusia jadi tidak yakin dengan nuklear.

Ketakutan bencana loji Fukushima Daiichi telah menyebabkan kenaikan mendadak kos kuasa nuklear dunia. Banyak permintaan kepada penambahbaikan keselamatan dan keperluan membayar lebih bagi mengelak potensi risiko. Pengurusan loji nuklear telah menjadi panik. Jika satu reaktor silap, semua reaktor model yang sama di seluruh dunia ditutup kuasanya.

Dilema Malaysia ialah rakyat sudah bertanya adakah negara perlu tenaga nuklear. Menteri Tenaga berkata kerajaan akan mengkaji lebih mendalam dari semua aspek. Rakyat tidak yakin. Di negara nuklear pula berbagai-bagai audit keselamatan yang bebas dan telus dicadangkan.

Bagaimana reaksi negara nuklear lain? Perancis yang bergantung kepada 80% tenaga nuklear juga berjanji belajar dari pengalaman Jepun dan meningkatkan prosedur keselamatan.

China yang memiliki 77 loji nuklear mahu menyemak programnya. Rusia mahu meneruskan program. Amerika Syarikat hanya ada dua loji nuklear yang sedang dalam pembinaan. Denmark, Greek, Ireland dan Portugal bersikap anti nuklear. Switzerland membekukan semua projek tenaga nuklear. German mengarahkan semua loji nuklear yang dibina sebelum tahun 1980 ditutup sementara.

Semua ini menuju kepada penilaian dan peningkatan kos. Menurut satu kajian India harga uranium boleh naik kepada US$140 per pound.

Perubahan yang lebih besar ialah berkenaan harga reaktor nuklear. Laporan penyelidikan MIT 2003 dan Universiti Chicago mengesahkan tenaga nuklear 50-100% lebih mahal dari tenaga dari arang batu dan gas. Laporan India menyatakan kos tenaga dari arang batu adalah 1/3 dari kuasa nuklear dan dengan gas 50% lebih murah.

Keselamatan tenaga, keselamatan awam adalah sama penting dalam menentukan polisi tenaga nuklear. Bencana loji nuklear Fukushima mungkin boleh terjadi walaupun tiada tsunami kerana rekebentuk reaktor Jepun ada kekurangannya.

Maka apa yang perlu dibuat? Tenaga bersih pada masa pemanasan global adalah perlu. Keselamatan manusia, binatang dan tumbuhan juga perlu. Malaysia perlu mengkaji teknologi negara mana mahu diadop nanti. Bekalan fuel nuklear, teknologi dan reaktor sangat bergantung kepada pembekal yang tidak mahu menanggung kerugian dan liabiliti jika berlaku kerosakan.

Tidak ada satu jawapan yang tepat yang boleh sekaligus mengendalikan kekurangan sumber, krisis minyak, perubahan cuaca dan risiko tenaga nuklear. Pilihan  perlu dibuat bagaimana memenuhi permintaan tenaga Malaysia.

Paling minima pemeriksaan mendalam dan konsultasi  debat awam sepenuhnya perlu sebelum pembinaan loji tenaga nuklear. Dengan keselamatan nuklear menjadi keprihatinan dunia maka kos pembinaan loji tenaga nuklear makin meningkat.

1 comment:

dobit127 said...

Salam..
Bila disebut penyelenggaraan, kalau kat Malaysia ni rasanya tidak memuaskan. Contohnya bab sampah, dulu orang kerajaan, x bagus bagi kat swasta..lebih kurang macam tu jugak.. Alih2 sekarang passing balik kat PBT..Rasa sama sahaja.
Bukan setakat sampah, hampirsemua benda yang memerlukan penyelenggaraan..Tandas, jalan,..dan pelbagai lagi..
Itu ramai nak membantah bila bila bab nak bina loji nuklear ni.. Jepun yang tahap ketekunannya tinggi bab2 maintainance pun boleh terkantoi, ni Rakyat Malaysia..

Apapun mungkin tenaga alternatif boleh dipertimbangkan.. SERP...Hidro mini...dan pelbagai lagi....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024