Thursday, April 28, 2011

Besi Mania, Orang Jerantut Perlu Rebut Peluang Ini.


Jerantut adalah bandar lombong besi. Salah satu sebab kenapa bandar Jerantut pesat berkembang kerana industri lombong besi telah membawa banyak pelaburan ke Jerantut. Kerajaan Pahang telah mula memberi lesen-lesen lombong besi kepada pengusaha di Jerantut.

Kerajaan Pahang mengambil langkah yang bijak oleh kerana permintaan besi dari Malaysia amat tinggi di pasaran dunia maka China, Korea Selatan dan Jepun sanggup membeli dengan harga yang tinggi walaupun kandungan besi sekitar 50%  ke 60%.

Ini baik untuk memperlbagaikan sumber ekonomi negeri Pahang. Kerajaan Pahang boleh dapat pendapatan lumayan dari cukai, peluang pekerjaan dan kawasan sekitar lombong terutama bandar yang terdekat akan maju rancak ekonomi.

Kini di DUN Tahan ada banyak kawasan besi. Rakyat di DUN Tahan digalakkan melombong besi. Kita tinggalkan "ekonomi jagung" mari kita melombong besi. Kita rancak ekonomi DUN Tahan. Ciptakan peluang pekerjaan dan tabung JKKK penuh wang.

Sumber kekayaan hasil mineral dan bukan mineral Negeri Pahang masih belum diteroka sepenuhnya. Jabatan Mineral dan Geosains Pahang menganggarkan deposit hasil mineral dalam negeri ini, sekiranya diusahasilkan secara cekap, boleh mendatangkan pendapatan sebanyak RM530 juta setahun. 

Menyedari hasil mineral boleh dimanfaatkan bagi menambah pendapatan negeri, kerajaan akan meningkatkan aktiviti pengusahasilan sumber mineral berkenaan dengan tujuan, bukan sahaja untuk menambah pendapatan negeri, tetapi juga untuk menggerakkan ekonomi setempat serta memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Usaha kerjasama dengan pihak swasta akan terus dipertingkatkan pada tahun 2010 untuk meneroka kawasan-kawasan yang kaya dengan deposit sumber mineral di samping menjalankan penyelidikan tambahnilai bagi mempelbagaikan produk berasaskan mineral. Pada tahun 2011, kerajaan mensasarkan pendapatan dari hasil mineral seperti bayaran royalti, bayaran fi dan sewa tahunan adalah sebanyak RM15 juta.

Besi mania di Jerantut, orang Jerantut perlu rebut peluang ini. Tinggalkan ekonomi jagung, tinggalkan politik  kepuakan dan remeh temeh mari kita melombong besi!

Sedikit panduan asas kalau mahu jadi pelombong besi:

Soalan 1
Bagaimanakah hendak mendapatkan pelan tapak lombong?
Jawapan:
Pelan tapak lombong boleh didapati dikaunter Pelan Unit Mineral Pejabat Tanah dan Galian Pahang yang dibuka setiap hari Isnin dan Selasa dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Pemohon disyorkan membawa salinan pelan kawasan yang dikehendaki berskala 1 : 50,000. Pelan boleh dikeluarkan dengan kadar bayaran RM23.00 setiap satu tapak dengan syarat tapak yang dipohon tidak terletak di dalam Kawasan Taman Negeri, Hutan Rizab, Kawasan Tadahan Air, Kawasan berimilik dan kawasan yang telah berlapis dengan permohonan terdahulu.

Soalan 2
Apakah beza permohonan Lesen Mencarigali (PL) dan Lesen Penjelajahan (EL)?
Jawapan:
Permohonan Mencarigali meliputi kawasan seluas 400.0 hektar kebawah dengan menggunakan Borang 5A dan Yuran Pendaftaran sebanyak RM100.00. Sementara permohonan penjelajahan (Borang 6A) meliputi keluasan kawasan melebihi 400.0 ha. Yuran pendaftaran permohonan adalah RM 200.00

Soalan 3
Bilakah Lesen Pajakan Melombong (ML) boleh dipohon?
Jawapan:
Lesen ML boleh dipohon sekiranya kawasan tersebut telah mempunyai Lesen SKC yang sah. Lesen ini juga boleh dipohon diatas bekas tapak lombong terdahulu yang telah tamat tempoh dengan syarat semua dokumen kelulusan berkaitan disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah yang mengeluarkan lesen tesebut sebelumnya. Permohonan ini hendaklah mempunyai satu kajian pra-kebolehsanaan melombong dengan pelan pra-hitungan berskala 1 : 6336 serta skim cadangan melombong.

Soalan 4
Saya mempunyai tanah milik bergeran yang dipercayai mempunyai kandungan mineral seperti bijih besi, emas dan lain-lain. Bagaimanakah cara memohon untuk melombong?
Jawapan:
Pemohon hendaklah memohon melalui borang 9A, mengepilkan salinan kad pengenalan, kajian pra-kebolehlaksanaan serta cadangan skimnya, salinan geran yang disahkan, carian rasmi geran tanah serta surat perjanjian dengan kontraktor melombong yang bakal menjalankan kerja bagi pihak tuan tanah.

Soalan 5
Saya adalah individu dan tidak mempunyai sebarang syarikat bertaraf sdn. Bhd. Bolehkah saya membuat permohonan melombong?
Jawapan:
Individu adalah layak memohon asalkan rakyat KDYMM Sultan Pahang dan mempunyai kekuatan dari segi kewangan. Syarikat bertaraf ’Enterprise’ adalah tidak layak memohon.

Soalan 6
Apakah kriteria perlu bagi sesebuah syarikat sdn. bhd. untuk membuat permohonan perlombongan?
Jawapan:
Syarikat tersebut hendaklah mempunyai klausa. Kelayakan kerja-kerja lombong boleh memegang Lesen Pajakan Melombong di samping kerja-kerja mencari sebarang mineral samada di darat atau di laut.

Soalan 7
Apakah definasi keputusan Tolak Ringkas?
Jawapan
Keputusan Tolak Ringkas boleh dibuat oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang berdasarkan arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan bertarikh 31.12.2008 yang diberikuasa keatas mana-mana permohonan yang terletak dalam Kawasan Taman Negeri, Tadahan Air Hutan Rizab / Simpan dan lain-lain berkaitan adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Pahang untuk menolak terus tanpa di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Soalan 8
Selepas mendaftar permohonan apakah pemohon perlu dibuat?
Jawapan:
Pemohon akan diberitahu melalui surat kedudukan nombor fail permohonan dan surat kepada pemohon menyatakan permohonan telah dihantar ke enam (6) Jabatan Teknikal iaitu Pentadbir Tanah Daerah, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Alam Sekitar Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Badan Kawal Selia Air (SUK Pahang), Jabatan Bekalan Air Pahang dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, untuk tindakan ulasan/pandangan terhadap tapak yang dipohon yang akan dihantar kembali ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang oleh Jabatan Teknikal tersebut. Pemohon bertanyakan kedudukan pemohon dengan datang sendiri atau melantik wakil yang sah dengan surat, datang sendiri atau melantk wakil yang sah dengan surat yang ditandatangani pemohon. Pertanyaan kedudukan pemohonan melalui telefon adalah tidak digalakkan.

Soalan 9
Berapa lamakah keputusan permohonan lombong dapat diketahui?
Jawapan:
Ianya bergantung kepada faktor kecepatan enam (6) Jabatan Teknikal menghantar kembali ulasan yang diminta oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Lawatan akhir Penolong Pegawai Tanah PTG Pahang ke tapak permohonan untuk mengemaskini pelan perakuan seterusnya penyediaan kertas untuk di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Soalan 10
Apakah fungsi Unit Mineral, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang?
Jawapan:
Secara ringkas, unit ini adalah sebagai ’One Stop Agency’ bagi urusan permohonan perlombongan di seluruh daerah Negeri Pahang bermula pada tahun 2006, dengan menggunapakai Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang, oleh setiap Pentadbir Tanah Daerah yang terbabit.

11 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Satu posting baik memajukan ekonomi Jerantut. Ekonomi tempatan yang memberi peluang pekerjaan, majukan ekonomi setempat, menambah pendapatan negeri.

pak su kon said...

bagus2

wzwf said...

hehe, kantoi! ini mesti cuba buat komen dgn nama anon utk puji diri sendiri tetapi terlupa bahawa dia masih sign in blognya, hehe! satu dunia sudah tahu dan sudah terbukti pembohongannya selama ini, patutlah banyak komen-komen yang menyokongnya selama ini dari anon, rupanya masuk bakul angkat sendiri! hinanya!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Kita orang Jerantut mesti berfikiran positif. Jangan selalu berfikir negatif. Jangan mudah prasangka kepada perubahan politik kaum muda Jerantut. Jangan mudah dengki dengan kejayaan orang lain. kalau kita tidak berusaha hanya melonggok di kedai kopi borak kosong politik Jerantut itu kerja sia-sia namanya. Politik Jerantut kena berubah.

dobit127 said...

Pelik2 manusia ni.. X dapat berdengki lah pulak dengan orang.....

Ibnu Yusof said...

Benarkah dakwaan penduduk setempat bahawa lori-lori yang mengangkut bijih besi menyebabkan kerosakan teruk jalanraya Jerantut-Benta?

Arabi said...

Sepatutnya kerajaan merangka plan pembagunan pengangkutan setempat .Sistem pengankutan yg lebih baik untuk mengangkut bijih besi ke perlabuhan.Pembinaan Jalan Kereta api ke perlaguhan adalah lebih baik bagi kegunaan mengangkut bijih besi.ini bagi keselamatan penguna di jalan raya,serta kerosakkan jalan raya yg berjumlah ratusan juta ringgit pada setiap tahun yg terpaksa di tanggung oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan Negeri.sistem pengangkutan setempat unpama nya boleh di bina di kuala lipis ke perlabuhan Kuantan merentasi Jerantut.Setiap laluan tersebut akan ada pusat pemungahan bagi membawa bijih besi ke perlabuhan.Dari arah selatan,Bandar Ibam menjajr ke jalan muazam dan juga ke Perlabuhan.Semuanya demi faedah perusahaan bijih besi dan kerajaan.Kerajaan akan dapat menambah pendapatan kerajaan Negeri dan Negara.

arabi said...

Kerajaan negeri pahang melalui anak syarikatnya sebolehnya di sarankan menjadi perlombong kepada pemilik pemilik konsesi yg telah di beri tanah untuk melombong perusahaan bijih besi,emas,timah dan lain lain bahan mineral.
Saya berpendapat anak anak syarikat GLC mempunyai keupayaan dari segi modal.tenaga kerja yg yg banyak memang sudah tersedia an boleh di latih untuk bekerja di sektor tersebut.Sememangnya sekarang pun terdapat ramai anak anak tempatan yg pakar dalam aktiviti perlombongan.GLC perlombongan Syarikat Kerajaan akan mengadakan kerjasama pemilik pemilik konsesi yg telah di berikan oleh pihak kerajaan.Dengan caa tersebut Pihak kerajaan kan mendapat banyak ke untungan dari hasil urus niaga tersebut.Setiap Ton pengeluaran bijih besi mampu mencapai usd 50.00.jika sebuah lombong mampu mengeluarkan 20.000 m/ton sebulan= usd 1 juta mampu di perolihi.Batu jenis magnatite mempunyai pasaran terbaik.Kerajaan boleh menawarkan penjualan di perlabuhan atau terus menghantar ke china secara terma cfr atau cif.Permintaan yg terlalu tinggi di seberang laut erlalu tinggi.jika setiapa lombong mampu memberikan keuntungan usd 1 juta x 20 lombong = usd 20 juta sebulan z 12 = usd 240 juta(rm 720) setahun.dari keuntungan itu kerajaan boleh membantu banyak perkara kepada rakyat.segala kemudahan dan bantuan kepada rakyat Negeri Pahang boleh di salurkan.Rakyat juga dpt bekerja dan secara tidak langsung aktivi perlombongan boleh di kawal dgn lebih tersusun.

Anonymous said...

Your write-up feаturеs confiгmeԁ bеnefіcіal tο me
peгsonаlly. It’s quite eԁuсational аnd you're simply certainly very experienced in this field. You possess exposed my personal eye for you to different views on this matter along with interesting and strong content.
Also visit my webpage ... quman.ru

Anonymous said...

OK

Anonymous said...

mimang patut YB punya tugas bangunkan rakyatnya sendiri, jadikan setiap pemilik tanah mengusahakan tanah sendiri jangan jatuh ke tangan orang asing luar yg nak kaut untung,dulu2 pelombong emas terdiri orang melayu kaut untung sendiri, tiba2 masuk orang asing dibawa pemimpin tempatan yang jadi broker,rakyat makan tulang akhirnya, oleh itu YB punya t/jawab betulkan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024