Wednesday, February 29, 2012

Konvensyen Ekonomi Pahang 2012 Pahang Menjana Transformasi




















Ucaptama YAB MB Pahang DSD Adnan Yaakob tema Pahang Menjana Transformasi

Konvensyen berlansung di Hotel Zenith Kuantan selama 2 hari menarik 1000 peserta yang merupakan stakeholder Pahang.

Zaman Kerajaan mengetahui segalanya telah berlalu. Engagement dengan semua pihak adalah penting merencana yang terbaik untuk masa depan Pahang.

Pahang mensasarkan menjadi negeri maju pada tahun 2020.

Prestasi ekonomi GDP Pahang meningkat dari 4.5% pada 2010 kepada 4.9% pada 2011. Unjuran GDP 2012 disasar mencapai 5.2%.

Pelaburan swasta 2011 bernilai RM6.63 bilion tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Ini menandakan kestabilan politik, kemudahan prasarana, bekalan sumber asli, modal insan mantap kondusif kepada pelaburan.

DSD Adnan Yaakob MB Pahang berharap Konvensyen Ekonomi Pahang mengukuhkan 'smart partnership' antara Kerajaan Negeri dengan swasta.

Diharap lebih ramai pelabur melabur dalam sektor bernilai tinggi.

Tujuan konvensyen menghebahkan mengenai perancangan dan pembangunan ekonomi negeri selaras dengan visi DS Najib PM.

Mendapat input dan maklumbalas stakeholders ke atas perancangan dan pembangunan ekonomi negeri.

9 sektor utama dibengkelkan.

Tuesday, February 28, 2012

Prosa Klasik Politik Moden Pahang Menjawab Sajak 'Gebeng Terluka' Sasterawan Negara!



Ini adalah prosa klasik politik moden Pahang bagi menjawab sajak   'Gebeng Terluka' A Samad Said Sasterawan Negara.

Al kisah maka sugulah Ratu Negara
Tanah Serendah Sekebun Bunga.
Cik Siti Wan Kembang bijak dan adil
memerintah negara.Puteri Sa'adong
bersimpoh tunduk sebak dada.Melihat
bonda Cik Siti Wan Kembang yang
tersangat masghul dan bercucuran
air mata,,,,

Puteri Sa'adong mengangkat sembah,
"Bonda ,,,anakanda hairan dan
gulana,melihat bonda bersedih
sampai bercucuran air mata,,,,,
ceritakan kapada anakanda ,gerangan
apakah bonda bersedih begini rupa?".

Baginda Wan Kembang merenung tepat
mata puteri kesayangannya dan berkata "Anakanda terlalu muda, tak
arif keadaan hal yang berlaku dalam Semenanjong Emas kita,nun
Negara Inderapura,,kesian Tun Teja,
ramai puak-puak Luth buat angkara,,,,,
melompat melolong dipadang, ibu
Negara Inderapura,hendak rampas
kuasa,disokong pulak puak-puak yang
mengkafirkan orang yang tak masuk
dan ikut puak mereka,,sian Tun Teja,,,,
Anakanda Sa'adong ,tolong call Tun Teja ,
bonda nak cakap dengan dia,,,."

"Salam kanda Tun Teja,ini adinda
Puteri Sa'adong ,tunggu ya,, Bonda
Cik Siti Wan Kembang nak cakap,,,
baiklah adinda ,kanda tunggu,,,,"

Baginda Wan Kembang mengambil
telefon daripada tangan Puteri Sa'adong
sambil mengesat air mata dipipinya ,
"Assalam mualikum Anakanda Tun Teja,,,bonda disini sihat "

Tun Teja "Alaikum salam,,,bonda,,,
anakanda pening,ramai sangat orang,
entah dari mana datang ke negeri
anakanda ,macam-macam perangai,,,,
terlompat lompat,terjerit jerit ,
sampai ada yang bermukah dengan
isteri orang,anakanda perintah 
soldadu anakanda tangkap,,,kalau
didapati bersalah,anakanda akan
perintahkan cantaskan anunya,,,
biar dia rasa,,,.Ada apa bonda
call anakanda ,,tengah malam ni?"

Cik Siti Wan Kembang,,
"Bonda dah maklum apa yang 
anakanda ceritakan tadi,bonda
dah tua,dah masak dalam hal-hal
memerintah negara,,cuma bonda
hendak ingatkan anakanda supaya
berjaga jaga dengan puak-puak Luth
dan sekutunya yang datang buat
gila di Negara anakanda,,,kerah
seluruh rakyat Indrapura halau
keluar dari negeri anakanda,,,
puak-puak Luth ni buruk sangat perangainya,,,
bini orang bini dia,
depan belakang tak ada beza,
jantan pun dia balun juga,, buruk-buruk
perangai puak-puak  ni semua,,,jaga
baik-baik  negeri anakanda ya"

Tun Teja,"Junjung kasih atas nasihat
bonda yang iklas, nenda Wan Pok dan
Wan Melini daripada Bukit Seguntang
nasihat dan pesan macam bonda juga,,, ,
.Insyallah anakanda akan turuti segala nasihat bonda,,,,,,
doakan ya bonda supaya anakanda
dan Negara Inderapura amam sejahtera,,,,
Sampaikan salam anakanda kepada dinda yang cantik jelita ,
Puteri Sa'adong ya bonda,,,salammualaikum warahmatulah".

Hasil citera Gasing Toyong Sasterawan Tembeling.

Monday, February 27, 2012

Bolehkah Malaysia Bina Loji Nuklear Selepas Lynas?

Ini kenyataan fakta untuk rakyat Malaysia renung:
  • Asia berkembang pesat pertumbuhan elektrik dari tenaga nuklear.
  • Di Asia Timur dan Selatan terdapat 112 loji nuklear beroperasi, 37 dalam pembinaan, 84 dalam perancangan. Banyak lagi loji dicadang.
  • Pertumbuhan pesat loji nuklear di China, Jepun, Korea Selatan dan India.

Nuclear Power in Asia, and Involvement with the Nuclear Fuel Cycle
Power Reactors in OperationPower Reactors Under ConstructionPower Reactors Planned Research ReactorsOther Stages of the Fuel Cycle
Australia



1
UM
Bangladesh


2
1

China
11
22
35
13
UM, C, E, FF
India
19
4
20
5
UM, FF, R, WM
Indonesia


2
3
FF
Japan
54
2
12
17+1
C, E, FF, R, WM
S. Korea
20
6
6
2
C, FF
N.Korea


1
1
C?,FF?,R
Malaysia



1

Pakistan
2
1
2
1
UM, E, FF
Philippines



1

Thailand


2
1+1

Vietnam


2
1

** Total
112 
37
84
56*


* 54 operable, 2 under construction
** The total includes 6 reactors in operation, plus two under construction, on Taiwan. It also has four research reactors. Taiwan has no other stages of the fuel cycle.
Key: UM Uranium Mining, C Conversion, E Enrichment, FF Fuel Fabrication, R Reprocessing, WM Waste Management facilities for spent fuel away from reactors.
Sources:
WNA Reactor table, country papers
OECD/IEA World Energy Outlook 2000
Nuclear Engineering International, World Nuclear Industry Handbook 2005

Malaysia bergantung tenaga elektrik dari sumber gas 64%, arangbatu 25% dan hidro 8%. Kapasiti elektrik negara sebanyak 24 GWe. Malaysia tidak mahu terlalu bergantung kepada sumber gas.

Malaysia sudah menyediakan bajet USD$7 bilion mahu bina loji nuklear. Loji pertama akan beroperasi pada tahun 2021. 8 lokasi telah dikenal pasti. Konsultan akan menyediakan feasibility studi pada akhir 2013 bersama dengan pembangunan regulatory framework, infrastruktur dan memenangi sokongan rakyat.

Pengalaman kerajaan menangani isu kilang Lynas yang pembangkang menghasut rakyat supaya marah menambahkan lagi keazaman kerajaan mahu serious bina loji nuklear.

Pembangkang ternyata gagal menarik sokongan rakyat terbukti baru-baru ini Perhimpunan Hijau Anti Lynas gagal mendapat sambutan rakyat hanya 3000 dari sasaran 30,000 yang ditetapkan.

Jerantut adalah salah satu potensi lokasi loji nuklear. Kerajaan sudah bersedia. Himpunan Hijau Anti Loji Nuklear bakal diadakan di Jerantut.

Kali ini Anwar Ibrahim dan konco-konconya mahu berguling di Padang FA Jerantut. Jangan lupa bawa Ustaz Badrul Amin yang suka buat kaunseling dan tazkirah sambil berguling!

Anwar Dan NGO Mahu Jajah Pahang Supaya Tidak Boleh Buat Keputusan Sendiri....


Pahang perlukan pelaburan untuk kembangkan pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada rakyatnya.

Pelaburan Kilang Lynas Rare Earth RM700 juta antara salah satu pelaburan.

Masalahnya pembangkang mahu 'menjajah Pahang' supaya tidak boleh buat keputusan sendiri.

Alasan radioaktif nuklear. Pemimpin Pahang buat keputusan berdasarkan kajian saintifik dan pandangan pakar radioaktif dan nuklear dunia.

Pakatan Rakyat dan NGO terutamanya menentang atas nama alam sekitar dan ekologi. Bukan itu saja banyak projek-projek lain seperti MRT, Highway Banting-Ipoh, Double-Track railway Gemas-JB, Perumahan mampu milik, KR1M, BR1M apa-apa yang ingin kerajaan buat semua ditentang.

China negara yang dijangka mengatasi AS dari segi ekonomi dan militari sikit masa lagi punya ratusan loji nuklear dan berpuluh kilang rare earth dengan penduduk seramai 1.3 bilion. Tidak ada masalah!

Tokoh legenda China, Deng Xiaoping quote " Negara Timur Tengah ada minyak tetapi China ada rare earth" adalah simbolik penguasaan 97% pasaran rare earth dunia.

Negara-negara ekonomi pembuatan seperti Jepun, AS, dan Eropah selain China sangat memerlukan rare earth. Ketika Malaysia mahu dibantu Australia mengimbang pasaran rare earth dunia kenapa pembangkang dan NGO tidak nampak peluang dan pasaran ini?

Hari ini pembangkang dan NGO mengadakan perhimpunan hijau-alam sekitar kononnya yang bermotif politik mahu ambil kesempatan meraih sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

Perhimpunan ini ikut Polis berjumlah 3000 yang majoriti terdiri dari orang luar Kuantan manakala pembangkang kata kehadiran diantara 10,000 ke 15,000.

WZWH rasa amat jelek bila Ambiga kata,"tolak calon-calon yang menyokong Lynas pada PRU 13!' Siapa Ambiga hendak mengajar orang Pahang berpolitik menentukan masa depan orang Pahang sendiri.

Anwar Ibrahim seperti biasa berucap memperlekehkan usaha pemimpin Pahang meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Anwar menuduh bahawa pemimpin Pahang tamak. Siapa yang bodoh kata pelaburan tidak baik untuk ekonomi Pahang.

Anwar menempelak kerajaan Australia ekoran pelaburan Lynas sedangkan kerajaan Australia mengamalkan dasar "free market" tidak campur dalam urusan perniagaan korporat swasta Australia.

Anwar kata kalau Pakatan Rakyat duduk di Putrajaya, kilang Lynas akan ditutup! Dunia akan memandang rendah kerajaan Malaysia yang tidak mesra pelabur dengan dasar tidak konsisten akhirnya tiada pelabur mahu melabur di Malaysia nanti.

Kunci utama cakap pemimpin pembangkang dan NGO ialah calon-calon PRU, ubah kerajaan sedia ada, menduduki Putrajaya, tidakkah ini hanya drama Pakatan Rakyat mahu mencapai cita-cita politik semata bukan kebaikan kepada rakyat Pahang.

Siapa Anwar dan Ambiga yang mahu menjajah Pahang supaya tidak boleh buat keputusan sendiri demi kebaikan rakyat dan ekonomi Pahang.

Cukuplah sekali Acheh menakluk Pahang pada tahun 1617 membawa lari 10,000 rakyat Pahang dan anak-anak Raja Pahang ke Acheh.

Cukuplah sekali dengan helah dan kepandaian Inggeris pada tahun 1888 buat Pahang terpaksa menerima Residen British mencampuri hal ehwal Pahang.

Janganlah pulak Anwar dan Ambiga memandai-mandai memaksa pemimpin Pahang mengubah keputusan seolah-olah pemimpin-pemimpin Pahang tidak bebas dan Pahang ini tidak ada Pemerintah negeri dan jajahannya

WZWH ingin bertanya dimana semangat pahlawan-pahlawan Pahang semua? Pemimpin-pemimpin Pahang kena berani bersuara say NO and FUCK YOU!

Adakah 1.2 juta rakyat Pahang dan 400,000 orang UMNO Pahang rela kepala mereka dipijak-pijak dan diperbodohkan?

Pantang WZWH berketurunan Bendahara Pahang membiarkan orang asing menjatuhkan maruah negeri Pahang dan mengaibkan kita ditanah bumi kita sendiri.

WZWH menyeru kapada 1.2 juta rakyat Pahang dan 400,000 orang UMNO Pahang say GET LOST TO THEM AND GET OUT FROM PAHANG.

Sunday, February 26, 2012

Joget Pahang Anwar Ibrahim Nak Buat Jasa Di Pahang!


Anwar Ibrahim tersenyum puas hati nak buat jasa di Pahang. Retreat PKR 3 hari di Hotel Swiss Garden Kuantan dan Himpunan Hijau Stop Lynas. Anwar menyanyi lagu Joget Pahang sambil Fauzi Rahman bakal MB Pahang ceria. Ustaz Badrul Amin menyorok dalam bilik nak buat kaunseling sampai jam 3 pagi he he he...

Kita nikmati dulu lirik lagu Joget Pahang..


Melenggang hai
Melenggang dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang

Dari Melaka
Ke negeri Pahang
Singgah di Johor beli berangan
Kami ucapkan selamat datang
Apa yang kurang dicaci jangan

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang

Pukullah gendang
Hai kulit kerbau
Dalam majlis tari menari
Sayalah ini bang hoi datang merantau
Mengharap belas orang di sini

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati bang hoi nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan...

Melenggang hai melenggang
Dengan tari lenggang
Kalau baik hati
Nanti orang pun sayang


The all presiden's men...Hadi Awang tak campur...hati-hati Anwar ini Pahang bumi ada tulah...jangan buat sembarangan. Nanti keluar satu-satu pekong ditunjuk oleh Allah.


Himpunan Hijau 2.0 anti Lynas. Rupanya...baik sangat DS Najib PM dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang beri ruang dan tempat untuk pembangkang seMalaysia turun bumi Pahang mengadakan himpunan ekologi fil politik...

Apa kata Presiden PAS Hadi Awang:

"Saya hendak menarik perhatian tentang isu Lynas yang dibangkitkan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr Rosli Che Mat, yang juga ahli parlimen Hulu Langat. Dia ada ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang nuklear dari United Kingdom..nak tahu pasal kelapa sawit jangan tanya pakar getah..."


Apa kata Dr Rosli Che Mat:

"Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas merupakan loji nuklear sedangkan ia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya...

Yang membawa isu ini ialah PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat amaran daripada penerangan PAS mengatakan jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear?...

Saya pun malu. Saya orang PAS juga jadi saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear...apa dia orang nak kata, kata lah."

WZWH ingin menegaskan rakyat Pahang lebih percaya cakap pakar seperti Dr Rosli Che Mat dan pakar-pakar nuklear dari luar negara dari International Atomic Energy Agency (IAEA) yang kilang Lynas itu selamat.

Jangan Guna Agama Untuk Politik...Jangan Guna Politik Untuk Sex...


Berita tangkap basah seorang Ustaz bertitle Dr  Phd, pemimpin tertinggi PKR di sebuah hotel Kuantan dengan isteri orang menjadi tajuk posting beratus-ratus blog.

Sungguh memalukan bila pimpinan tertinggi PKR sedang 'retreat' di Kuantan selama 3 hari dan strategi Himpunan Hijau kempen anti Lynas meletup berita panas itu.

WZWH masih ingat lagi semasa belajar di Dundee, Scotland, UK pada awal 1990an. Kawan-kawan ajak sembahyang Qiyaimulai di Masjid Dundee. Ada doa munajat katanya. Ramai pelajar Malaysia lelaki dan perempuan hadir.

Ustaz itu sungguh sedap suaranya. Tengah malam sejuk ketika 'winter' maka ustaz itu berdoalah sambil menanggis dan mendayu-dayu. Maka semua kawan-kawan berair mata kecuali WZWH. 

Kata rasa hati WZWH rasa ustaz itu hipokrit! 

WZWH ketika itu minat kepada seorang pelajar perempuan. Pelajar perempuan ini kata suara ustaz itu sexy! 

Ustaz ini taksub Anwar Ibrahim. Ustaz ini banyak keluar kaset dan cd doa munajat dan ceramah. Ustaz ini pernah mencela Mufti. Ustaz ini pernah mendoakan UMNO hancur dan pemimpin UMNO celaka.

Ustaz ini kerja di Pejabat MB Selangor.

Pagi esok Himpunan Hijau. Ramailah pemimpin Pakatan Rakyat turun menghasut rakyat Pahang percaya kepada kempen anti Lynas.

Ramai ahli PKR malu-malu nak turun kerana malu dengan perbuatan hina pemimpin  tertinggi mereka.

Jangan guna agama untuk politik....dan jangan guna politik untuk sex! Walaupun berbagai alasan diberi kenapa sanggup buat sesuatu yang timbulkan fitnah?

Saturday, February 25, 2012

Konvensyen Ekonomi Pahang Dan Jihad Ekonomi Rakyat Pahang

Chart 1: GDP Growth (%) by State at Constant Price 2000 Year 2010

Chart1


Konvensyen Ekonomi Pahang selama 2 hari di Hotel Zenith Kuantan pada 29 Februari hingga 1 Mac bakal menghimpunkan 500 pemimpin korporat  dari dalam dan luar negara.

Pelaburan sangat diperlukan bagi mencipta peluang pekerjaan di Pahang.

Kerajaan Negeri Pahang mahu mencari langkah-langkah terbaik bagi meningkatkan hasil negeri dan menambah prestasi ekonomi dari hasil rumusan Konvesyen Ekonomi Pahang.

Pertumbuhan ekonomi KDNK Pahang 2010 adalah 4.5% sama dengan prestasi ekonomi Sarawak. Ini adalah KDNK yang baik dan jika Pahang dapat meningkatkan momentum pertumbuhan ekonomi KDNK akan melonjak naik.

Sesuai dengan hasrat Program Transformasi Kerajaan dan Ekonomi DS Najib PM maka Konvensyen Ekonomi Pahang ini adalah tepat pada masanya.

Feedback berkualiti dari komuniti ekonomi Pahang diharap terjelma bagi menambah baik ekonomi negeri. Ini boleh menjadi input kepada Pelan Komprehensif Ekonomi Negeri Pahang.

Kerajaan Negeri Pahang mahu menonjolkan imej mesra perniagaan kepada pelabur-pelabur yang sudah dipraktiskan sekian lama.

500 peserta  akan melibatkan diri dengan perbincangan meja bulat menyentuh 9 sektor utama:

  1. Pembuatan
  2. Pertanian
  3. Pelancungan
  4. Perumahan dan Infrastruktur
  5. Pendidikan
  6. Teknologi Hijau
  7. Teknologi Maklumat
  8. Bioteknologi
  9. Pembangunan Luar bandar dan Kreativiti

Agak mengejutkan WZWH kenapa sektor perlombongan dan galian tidak disentuh kerana sektor ini boleh turut sama menjana ekonomi Negeri Pahang kalau dieksploit dengan cekap dan berkesan menggunakan 'cutting-edge tecnology'.

Bagi fokus kepada pengembangan ekonomi Jerantut pula sektor Pertanian, Pelancungan, Infrastruktur, Renewal Energy, dan Pembangunan Luar Bandar sangat sesuai dan tepat untuk diaplikasi di Jerantut. Pemimpin-pemimpin politik Jerantut terutamanya perlu ke depan fikir bagaimana sektor-sektor ini boleh diimplementasi di Jerantut.

Konvensyen ini mengenengahkan 3 speaker utama iaitu:

  • Pengerusi Perumahan Rakyat 1Malaysia-DS Dr Jamaluddin Jarjis
  • CEO ECER-Dato' Jebasingam Issace John
  • MD Malaysia Solar Resources Sdn Bhd-A.H. Ong

DS Dr Jamaluddin Jarjis ini ialah ahli parlimen Rompin dan Duta Besar Malaysia ke AS. Beliau adalah 'inner circle' dan penasihat ekonomi yang berpengaruh kepada DS Najib.

Konvensyen Ekonomi Pahang ini adalah juga satu platform untuk Jamaluddin Jarjis  mendemonstrasikan pemikiran cerdik pandainya dan kepimpinannya kepada pelabur dan rakyat Pahang. Setakat mana hebatnya Jamaluddin Jarjis itu adalah penilaian dari 500 peserta pemimpin korporat.

WZWH berharap 1.2 juta rakyat Pahang dan 400,000 ahli UMNO Pahang janganlah berkecil hati kerana tidak dijemput ke Konvensyen Ekonomi Pahang. 500 pemimpin korporat yang dijemput itu mereka ada kekuatan modal, network, idea dan ciri-ciri pelabur.

WZWH percaya 1.2 juta rakyat Pahang dan 400,000 orang UMNO Pahang pun punya semangat yang berkobar-kobar mahu Pahang maju ekonomi kerana ekonomi yang sihat perlu kepada kesejahteraan standard of living rakyat Pahang.

WZWH juga yakin 1.2 juta rakyat Pahang dan 400,000 orang UMNO Pahang punya fikiran dan idea-idea yang original bagaimana mahu meningkatkan ekonomi negeri Pahang.

Cuma mungkin fikiran dan idea-idea rakyat Pahang itu sendiri tidak sampai kepada pemimpin-pemimpin besar.

WZWH menjemput 1.2 juta rakyat Pahang dan 400,000 orang UMNO Pahang gunalah blog WZWH sebagai medium suara rakyat Pahang. Blog WZWH bertujuan untuk menjadi jambatan antara rakyat dan pemimpin besar.

Mari kita gerakkan ekonomi negeri Pahang kita ini sebagai Jihad Ekonomi yang mendapat keredaan Allah SWT.

Friday, February 24, 2012

WZWH Berblog Kerana Itu Ibadah Dan Sunnah Rasulullah

 

Ibadah sering dikaitkan dengan sejadah, Al-Quran, masjid, ratib, dan sebagainya yang berbentuk ritual. Berblog juga adalah satu ibadah sebenarnya.

Mengapa seorang blogger itu mampu dekat kepada Allah SWT. Pertama adalah kerana dia melayan aktiviti bloggingnya sebagai ibadah, bukan perkara sia-sia.

Untuk apa kita diciptakan oleh Allah SWT? Untuk menjadi hambaNya. Mengabdikan diri kepadaNya.

“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk mengabdikan diri(kepada Aku).” Surah Adz-Dzariyat ayat 56.

Maka jangan pula disalah anggap ibadah itu hanya di dalam masjid, solat, baca Al-quran dan sebagainya. Betapa Allah SWT tidak menyenaraikan amalan-amalan tertentu dalam ayat 56 Surah Adz-Dzariyat itu menunjukkan bahawa makna Ibadah itu adalah seluruh kehidupan itu sendiri, tanpa menafikan kewajiban ibadah-ibadah khusus seperti Solat, Baca Al-Quran, Puasa, Zakat, Haji dan sebagainya.

Sebab itu kita jelas apabila Rasulullah SAW bersabda:

Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat bertaqwa kepadaNya, aku juga berpuasa tetapi aku berbuka, dan aku juga bersembahyang tetapi aku juga tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka akan sunnahku, mereka itu bukanlah dari kalangan pengikutku(ummahku)” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Jelas Rasulullah itu tidak berliwat. 

Justeru seorang mu’min tidak akan menjadikan blognya satu medan sia-sia, kerana di situ ada pengabdian dirinya kepada Allah SWT.

Tiang Utama Seorang Blogger bahawa syarat untuk amal diterima oleh Allah SWT ada dua:

1 – Apa yang kita lakukan itu mestilah berada dalam batasan syara’.

2 – Ikhlas.

Maka itulah juga syaratnya untuk menjadikan blog ini sebagai amalan yang diterima oleh Allah SWT.

Apa yang kita lakukan itu mestilah membina ummah.

Apa yang kita lakukan itu mestilah meruntuhkan jahiliyyah.

Untuk menjadikan aktiviti berblog kita sebagai ibadah, hendaklah blog kita itu mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Penyampaiannya adalah syara’ dan tidak terkeluar daripadanya. Tidak semestinya tazkirah, diari pun boleh, sekadar fotografi pun boleh, poster sahaja pun tak mengapa, tetapi pastikan kita tidak menyampaikan, atau mengajak kepada sesuatu yang bercanggahan dengan apa yang diarahkan olehNya.
  • Tidak pula kita letak padanya gambar-gambar yang tidak syar’ie, baik milik kita atau milik orang lain. Kita yang tidak menutup aurat, terdedah bentuk tubuh, tidak sopan, gambar pelakon-artis atau sesiapa sahaja yang jelas tidak menutup aurat dan sebagainya.
  • Apa-apa yang kita sampaikan itu, mestilah sesuatu yang benar, bukan palsu, bukan pembohongan, dan semestinya dihubungkan dengan Allah SWT, mengajak manusia pulang kepada Allah SWT, mempunyai mesej-mesej kebaikan, hatta kalau hendak menulis diari pun, kita ceritakan perkara-perkara yang mampu memberikan manfaat. Bukan sekadar perkara yang sia-sia, bukan sekadar berkenaan diri kita begitu sahaja, dan tidak pula kita menyampaikan sesuatu yang tidak membuahkan amal.
  • Kita menggerakkan blog kita dalam keadaan ikhlas. Memang ikhlas ini tidak dilihat oleh pelawat dan pembaca. Tetapi sesungguhnya Allah mengetahui, dan ini hakikatnya memberikan kesan kepada gerak kerja kita.

Inilah dia ciri-ciri blog yang menjadi ‘ubudiyyah kepada Allah SWT.

Jelas di sini, blogger yang baik, tidak akan meletakkan apa-apa sahaja bentuk jahiliyyah di dalam blognya. Begitu juga dengan perkara yang sia-sia.

Blogger yang baik, yang benar-benar hendak menjadikan blognya sebagai satu medan ibadah, adalah yang akan memberikan kepada pembacanya satu suasana yang sederhana di dalam blognya. Tiada apa yang ada di blognya yang boleh membuatkan manusia menyimpang daripada Allah SWT. Itu satu indikator bahawa blognya adalah blog ibadah kepada Allah SWT.

Dengan berblog pun boleh mendapat pahala.

“ Barangsiapa yanng mengajak kepada kebaikan, maka untuknya pahala seperti pembuatnya(yakni orang yang dia ajak berbuat kebaikan)” Riwayat Muslim.

Tetapi, sekiranya yang kita pamerkan di dalam blog kita adalah kemungkaran, keingkaran kepada Allah, apakah yang akan kita dapat? Dosa.

Sebab itu kita kembali kepada siapakah yang dinyatakan beruntung di dalam Al-Quran.

“Demi Masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan ke arah kebenaran, dan mereka yang berpesan-pesan ke arah kesabaran.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

Tetapi usah dilupa bahawa berblog bukanlah ibadah utama sehingga membolehkan kita meninggalkan ibadah-ibadah fardhu dan khusus yang lainnya. Berblog tidak membolehkan kita melewatkan solat. Berblog tidak membolehkan kita untuk tidak meluangkan masa kepada ibu bapa.

Justeru, blogger yang menjadikan blognya pentas ibadah, adalah blogger yang berdisiplin dengan ibadah-ibadah fardhunya, ibadah-ibadah khususnya, dan sunatnya. Dia juga menjaga hubungan dengan keluarga, rakan-rakan, dan tidak pula hanya terperuk di hadapan komputer dengan aktiviti bloggingnya.

Kerana, blog hanyalah salah satu wasilah, jalan, cara. Blog tidak akan sesekali menjadi matlamat, dan menjadi penyelesaian utama dalam menyampaikan agama Allah SWT.

Berblog adalah sunnah Rasulullah SAW. Nabi Muhammad SAW memiliki akhlak dan sifat-sifat yang sangat mulia. Oleh kerana itu hendaklah kita mempelajari sifat-sifat Baginda iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah.


Blog itu tabligh.

Tabligh ertinya menyampaikan. Segala firman Allah SWT yang ditujukan oleh manusia, disampaikan oleh Baginda. Tidak ada yang disembunyikan walaupun ianya menyinggung Baginda sendiri.

“Supaya Dia mengetahui, bahawa sesungguhnya rasul-rasul itu telah menyampaikan risalah-risalah Tuhannya, sedang ilmu-Nya meliputi apa yang ada pada mereka, dan Dia menghitung segala sesuatu satu persatu.” (QS Al-Jin: 28)

Berblog itu menyampai kebaikan kepada masyarakat.

Itu sebab WZWH berblog kerana itu ibadah dan sunnah Rasulullah SAW.

Thursday, February 23, 2012

BR1M Ulu Tembeling...Berduet Gon! Auuuk...


800 penduduk Ulu Tembeling layak dapat BR1M. Penduduk Ulu Tembeling berjumlah 2704, Maka 30% penduduk Ulu Tembeling menikmati BR1M.

Sepatutnya BR1M kawasan pedalaman perlu beri lebih banyak double misalnya RM1000. Kerajaan mahu bantu golongan susah terutama dipedalaman

 
YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan menyampaikan BR1M kepada rakyat Ulu Tembeling.

Wan Amizan diberi amanah untuk transformasi Ulu Tembeling. PM dan MB Pahang percaya kepada kebolehannya.

Ini pemimpin yang boleh merealisasikan apa orang Ulu Tembeling mahu yang pemimpin-pemimpin dahulu gagal menyelesaikan segala permasalahan.

Orang Ulu Tembeling mahu jalan, Wan Amizan buat jalan. Cuma kerajaan perlu tambah peruntukan banyak lagi. Fasa 1 RM121 juta sudah OK. Fasa 2 kena tambah RM280 juta lagi. Peruntukan yang ideal ialah RM450 juta. 

Kalau mahu terus sambung ke Kampung Pasir Raja Terengganu, tambah lagi RM450 juta baru pembangunan rancak dan transformasi Ulu Tembeling betul-betul meletup.



Apa lagi orang Ulu Tembeling mahu? 20,000 ekar Felcra mahu, sedang dan akan majukan menjanjikan saham-saham kepada semua penduduk Ulu Tembeling.

19,000 ekar akan Yayasan Pahang bangunkan membolehkan beberapa infrastruktur kerajaan Negeri Pahang bina sebagai 'social obligation' Yayasan Pahang kepada masyarakat Ulu Tembeling.

Agropolitan Kampung Bantal 3000 ekar menjanjikan pertumbuhan ekonomi. Potensi satu Rural Transformation Centre (RTC) bakal diluluskan oleh kerajaan untuk transformasi ekonomi dan sosial Ulu Tembeling.

Cukup setakat ini WZWH cakap....banyak lagi perancangan-perancangan pembangunan ekonomi Ulu Tembeling bakal diimplementasikan.



Penduduk Ulu Tembeling perlu memandang masa depan yang cerah kerana kepimpinan politik yang ada komited, kreatif dan inovatif. Ini adalah pemimpin yang berakarumbi dan berbudaya Tembeling dari benih beratus-ratus tahun menjaga kepentingan orang Tembeling.

Ini generasi pemimpin muda alur Tembeling yang boleh melompat tinggi ke kayangan disamping meredah semak dan belukar.

Ini pemimpin yang berani berdepan dengan sesiapa saja dan berjuang demi kepentingan orang Tembeling terutamanya.

Jangan didengar cakap orang yang tidak suka dan dengki dengan pemimpin kita. Mereka mahu menjatuhkan pemimpin kita kerana tidak mahu rakyat tahu kebodohan dan kejahilan mereka.

Wahai orang Tembeling, ini pilihan pemimpin terbaik yang kita ada. Kita jaga kawasan kita. Kita jaga orang kita.

WZWH mahu zero pembangkang di Ulu Tembeling pada PRU 13 nanti kalau boleh. Jangan diberi tapak kepada pembangkang bermastautin di tempat kita.

Ingat pesan nenek moyang kita.

Kita masih ramai orang susah yang perlu kita tingkat ekonomi pendapatan mereka.









Apa ADUN Tahan telah buat kepada Ulu Tembeling? Mari dengar pandangan WZWH...

DUN Tahan adalah DUN yang paling luas dalam Pahang dan Malaysia.

Lembah Tembeling terbahagi kepada 3 lokasi:
  • Hulu Tembeling
  • Tembeling Tengah
  • Kuala Tembeling
Keluasan Lembah Tembeling ialah 570,068.78 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut. Mempunyai 18 JKKK dan penduduk seramai 14,500 orang (bancian 2010). Kalau dari keluasan tanah Lembah Tembeling sangat dominan di Daerah Jerantut.

Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling. Kita harus perlu terima fakta bahawa sebahagian dari kawasan Taman Negara adalah dalam Lembah Tembeling namun ianya masih lagi luas tanahnya.

Kepada ahli ekonomi dan ahli politik urban bandar selalu mereka mengatakan pembangunan Lembah Tembeling tidak ekonomik, membazir wang negara, untuk apa penduduk cuma 14,500 orang. Dalam kes Projek Jalan Ulu Tembeling yang bernilai RM460 juta hanya untuk memenuhi kehendak penduduk Ulu Tembeling yang hanya berjumlah 2704 orang sahaja!

WZWH mahu tinjau apa ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan sudah buat di Ulu Tembeling.

Kampung Bantal dan Kampung Gusai:
  • Jalan "slack" Kg Bantal - Kg Gusai RM1.5 juta. Projek PIAS 2008 sudah siap
  • Jambatan Kg Mogol RM450,000. Projek PIAS 2008 sudah siap.
  • Jambatan Tasik Jemuan RM450,000. Projek PIAS 2008 sudah siap.
  • Jalan "slack" dalam Kg Bantal RM1.5 juta. Projek PIAS 2009 sudah siap.
  • Tambahan bangunan SRK Kg Bantal RM10 juta. Projek PIAS 2009 sedang buat.
  • Masjid Kg Gusai RM600,000. Projek PIAS 2009 Sudah siap.
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2008.

Kampung Mat Daling:
  • Jalan seberang Kg Bantal-Kg Mat Daling 5km RM1.7 juta. Sudah siap.
  • Jambatan Kg Tanah Memindah, Pulau Besar RM500,000. Sudah siap.
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2008

Kampung Kuala Sat:
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2009
  • Masjid baru kos RM2 juta. Tender dalam proses pemilihan

Kampung Pagi:
  • Jalan tar dalam Kg Pagi 4km termasuk jambatan Pengor RM12 juta. Sedang buat.
  • Jalan Kg Pagi-Kuala Tahan RM121 juta. Sedang buat.
  • Projek jalan Ulu Tembeling fasa 2 dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling dalam proses.
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2009.

Kuala Tahan:
  • Tanah lot untuk 400 penduduk Kuala Tahan 90 ekar
  • Rancangan Pembesaran Kampung Kuala Tahan 570 ekar
  • Rancangan Tanah Kelompok Kampung Tuit 500 ekar
  • Naiktaraf Jambatan Sungai Oak RM18 juta diluluskan oleh KKLW
  • Dua projek hidroelektrik Sungai Tekai-peringkat taklimat TNB pusat di pembangunan Daerah Jerantut

Walaupun belum sampai sepenggal ADUN Tahan sudah menunjukkan hasil kerja yang cemerlang. WZWH percaya jika ADUN Tahan diberi peluang oleh DS Najib dan MB Pahang memimpin Jerantut maka Jerantut boleh membangun ditahap yang cemerlang.

Bila ADUN Tahan Suka Dengar Ceramah Agama


DUN Tahan sering dikunjungi ulama kebenaran yang membawa berkat.

YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan suka dengar ceramah agama. Ceramah agama menenangkan jiwa beliau. ADUN Tahan mahu penduduk DUN Tahan menyuburkan syiar Islam.


ADUN Tahan berpendapat pegangan agama Islam yang kuat adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang berilmu, berdisiplin dan produktif.

UMNO menyuburkan syiar Islam di DUN Tahan. PAS tidak boleh diharap kerana tidak berminat dengan agenda Islam yang sebenar.

Tarikan duniawi fil Putrajaya telah membutakan ahli politik PAS membuat ulama PAS pekak dan bisu.








Pemimpin yang suka agama, suka kepada ulama, suka kepada masyarakat maka itu pemimpin yang ikut sunnah Rasullulah SAW.

Kenapa Ku Lan Masih Diperlukan PRU 13 Jerantut?


















Foto ini diambil pada 9 Julai 1998. Ketika itu Ku Lan belum jadi ahli parlimen Jerantut lagi. Inilah anak-anak muda Jerantut yang selalu memberi semangat dan peransang kepada Ku Lan untuk menjadi ahli parlimen Jerantut.

Arwah Dato' Azizan Yaakob ketika itu berjawatan ADUN Pulau Tawar dan EXCO Pemuda Malaysia. Selepas tidak menjadi wakil rakyat, Ku Lan pernah melantik Dato' Azizan menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut.

Dato' Wan Amizan Wan Razak ketika itu berjawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Wan Amizan menjadi Ketua Pemuda dan akhirnya ADUN Tahan.

Abdullah Lebai Din @ Dolah Kicap kini menjadi Pegawai Khas ahli parlimen Jerantut.

Wan Mohd Shahrir Wan Jalil dilantik oleh Ku Lan menjadi Pegawai Jasa parlimen Jerantut.

WZWH masih AJK Pemuda UMNO Jerantut yang paling senior dan blogger. WZWH bebas untuk mengkritik Ku Lan demi kebaikan politik Jerantut. Ada masa tegur, ada masa puji. 

Jika ada orang politik Jerantut tuduh WZWH ada agenda itu salah sebab orang politik Jerantut tidak tahu sejarah gambar di atas!

Inilah think-tank Ku Lan yang asal...Soal Ku Lan mahu pakai atau tidak sekarang itu cerita lain. Tapi jika Ku Lan perlu pertolongan dan sokongan serta sokongan moral ini dia think-tank yang beliau boleh percaya.

Orang politik Jerantut lain tak payah susah-susah hasut Ku Lan. Ku Lan tahu yang mana intan yang mana kaca.

Kenapa Ku Lan masih diperlukan PRU 13 Jerantut? WZWH dapati Jerantut tidak ada capable leaders. Banyak orang politik mahu tapi bolehkah mendapat sokongan?

UMNO tidak boleh ambil risiko letak calon lain selain Ku Lan.

Apa pembangunan di Jerantut  dan lambakan peruntukan di DUN Tahan adalah juga hasil dari recommendation dari Ku Lan sebagai ahli parlimen Jerantut.

DS Najib perlu beri peluang kepada Ku Lan untuk menonjolkan diri pada PRU 13 dan post PRU 13.

Walau Ku Lan tidak berjawatan, ahli parlimen pembangkang dan kerajaan hormat kepadanya.

Sila klik sini untuk menilai Ku Lan.

Wednesday, February 22, 2012

Cina Jerantut Kembali Menyokong Ku Lan


Ku Lan berucap kepada komuniti Cina Jerantut.

PRU 12 Ku Lan menang majoriti 1946 nombor keramat Parti Semangat 46 parti lama beliau dulu. Kurang 6511 dari majoriti PRU 11 dulu. Salah satu faktor penyebab ialah undi orang Cina Jerantut lari.

Ada beberapa isu yang tidak selesai sebelum PRU 12 menyebab pengundi Cina berubah sokongan. Sekarang isu-isu itu sudah selesai. Sebarang salah faham telah diperjelaskan dengan terang. Tiada lagi persepsi negatif pengundi Cina Jerantut.


Ku Lan bersama pemimpin pemimpin masyarakat Cina Jerantut.

YB Dato' Lau Lee ADUN Damak aktif menggerakkan sokongan orang Cina Jerantut menyokong BN. Ku Lan mendengar suara orang Cina Jerantut.

Orang Cina Jerantut tua dan muda menyambut Ku Lan.

Ku Lan memberi ang pau kepada orang Cina muda Jerantut.

Ku Lan memberi angpau kepada wanita Cina Jerantut.

Ku Lan turut memberi angpau kepada orang tua Cina Jerantut.

Ku Lan 'Yee Sang' bersama pemimpin Cina Jerantut.

Pesta Ponggal 2012 Daerah Jerantut anjuran MIC Bahagian Jerantut di Dataran Bandar Inderapura yang dirasmikan oleh YBM Tengku Tan Sri Azlan Ibni Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut.

Masyarakat minoriti India Jerantut tetap menyokong Ku Lan.

Foto-foto ihsan MCA Bahagian Jerantut.

Pojek Naiktaraf Jalan Jerantut-Benta Telah Mula Kerja



Jalan Benta-Jerantut yang rosak teruk menyukarkan pengguna kenderaan dan selalu buat kereta rosak.

Jalan Benta-Jerantut melalui DUN Damak Jerantut. Dulu kerajaan kata peruntukan RM22 juta diperlukan. JKR kata kos ideal ialah RM17 juta.

Maka tender dikeluarkan. Pemberian tender berdasar harga yang paling rendah. Dapat kepada sebuah syarikat kelas A anak tempatan Jerantut dengan harga RM13 juta.

JKR telah melantik kontraktor untuk melaksanakan Projek Naik Taraf Jalan Benta - Jerantut dan kontraktor telah tandatangani Surat Setuju Terima Projek berkenaan.

Nama Kontraktor : UNIBINA CONTRACT & LANDSCAPE SDN. BHD.
Tarikh Milik Tapak : 27.12.2011
Tarikh Siap : 24.12.2012

Dato' Lau Lee, ADUN Damak sangat suka hati kerana masalah Jalan Benta-Jerantut buat pengguna dan pengundi di DUN Damak marah dan mengadu jalan teruk dan buat kereta rosak.


21.02.2012 (Selasa) 5.30 pm :
Projek Naiktaraf Jalan Jerantut-Benta telah mula kerja di Batu 1.

Reaksi beberapa komen dalam FB-FB Jerantut:

Minta maaf atas gangguan lalu lintas dan terima kasih kerana bersabar. 

Semoga berjalan lancar seperti ape yg di rancangkan. 

Melebarkan jalan... dan memperbaiki... jalan yang pecah.... tiada jalan baru di bina. 

Walau mcm mana keadaan sekali pun.... sekurang-kurangnya... kereta kita tak rosak lagi. 

Itulah bukti rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan 

Harap tidak terbengkalai sekali lagi..anyway tq




Foto-foto ihsan FB YB Dato' Lau Lee ADUN Damak.

Menarik juga untuk WZWH petik komen sahabat dalam FB Batu Balai KampungKu:

Mampukah jalan sedia ada yang diturap tar baru itu bertahan.....?
Selagi........Treler mengangkut bijih besi bermaharajalela di jalan tersebut... 
Apa yang di perhatikan... kalau kita memandu menghala ke Benta.. 
jalan sebelah kanan je yang rosak teruk ( jalan dari BENTA )...
Sebelah kiri.. tak rosak sangat.......
Kerana.. Treler mengangkut bijih besi dari Kerambit.....menggunakan jalan ini.. 
untuk ke Kuantan..... 
Mereka pergi ke Quary bijih besi menggunakan jalan Tembeling-Mela-Kerambit... 
Bila bijih besi di isi.. mereka menggunakan jalan tersebut( Benta-Jerantut).
Kerana Jalan Tembeling -Mela- Kerambit terdapat 2 bukit... dan mereka tak dapat melepasi bukit tersebut... dengan isian bijih besi melebihi had muatan yang di benarkan.

Apa pun WZWH ucap tahniah kepada YB Dato' Lau Lee yang berkerja kuat follow up memastikan projek naiktaraf Jalan Jerantut-Benta mula kerja.

Kini penduduk Jerantut dan DUN Damak khasnya yang sering menggunakan Jalan Jerantut-Benta pasti gembira dan ceria.

Monday, February 20, 2012

Nak Menang PRU 13 Jerantut Kena Guna Faktor Sedara


Istilah asobiyyah telah diterjemahkan sebagai “espirit de corps”, “penyokong”, “keakraban”. “parti”, “kesedaran kabilah”, “hubungan darah”, “semangat kepuakan”, “kesetiaan kepuakan”, “minda berkumpulan”, “perasaan kepada kesatuan”, “kesedaran semangat berkolektif” “perasaan berkumpulan”, “solidariti berkumpulan”, “perasaan bersolidariti” dan “”soladariti social”.

Jika anda tanya pakar strategi politik macamana mahu mahu menang PRU, pasti mereka kata parti kena tonjolkan ideologi terkini dan universal. Ideologi dunia -world sejagat. Kena pula strategi dan taktik politik yang boleh menarik rakyat supaya membentuk persepsi negatif.

Ada pakar strategi kata tabur saja duit. Contoh parlimen Jeratut nak menang calon kena ada RM3 juta. Ada pakar strategi lain cakap up RM5 juta kalau nak selamat. Maka calon yang berminat mulai sekarang carilah RM5 juta.

Ada pakar strategi pula kata bukan semua rakyat boleh dibeli. Bagi ambil undi belum tahu. Masalahnya kalau hendak berkempen sekarang dan semasa kempen PRU kena gerakkan jentera. Nak melicinkan jentera kena pakai duit kos pengangkutan, makan minum dsb. Takda orang nak kerja free sekarang.

Ada pakar strategi kata kita jual saja perancangan pembangunan. Orang Jerantut akan bertanya perancangan pembangunan selama ini bagaimana implimentasinya? Adakah memuaskan.

Juga ada pakar strategi mahu parti pejuangkan konsep keadilan, kesamaan, demokrasi sepenuhnya, akses kepada peluang-peluang dsb. Itu retorik yang tidak sempat dibuktikan semasa kempen PRU cuma janji-janji.

Mungkin nature rakyat suka ditipu dengan janji-janji manis dan menarik secara psikologi seperti ramai perempuan muda suka ditipu oleh playboy dan Romeo. Mereka suka dipedaya begitu. Perlukah ahli politik dan calon berkarekter seperti playboy dan Romeo?

WZWH bukan pakar strategi tapi WZWH rasa di Jerantut ini yang pengundi seramai 55,000 ada kumpulan pengundi yang pada mereka Sedara First Ideologi Second.

Apa maknanya? Mereka lebih bersedia memilih calon-calon yang ada kaitan sedara atau pertalian darah dengan mereka hingga ideologi sanggup diketepikan.

Atau pakar strategi boleh kata 'ideologi sedara'. WZWH percaya DS Najib dan Anwar Ibrahim pasti gelak dan ketawa dengan kalau nak menang PRU kena guna faktor sedara. Tak logik kata pakar strategi politik. 

WZWH percaya dan yakin faktor sedara dan kekitaan boleh diguna pakai di Jerantut menjelang PRU 13. 

Parlimen Jerantut ada 3 DUN- DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak. Walau masyarakat Felda ramai namun ramai kalangan peneroka itu berasal dari Kampung-kampung tradisional.

Tembeling, Pulau Tawar, Ulu-Cheka contohnya punya jalinan sedaramara dan kekeluargaan sejak beratus-ratus tahun dulu.

Keluarga ada 3 jenis.

  • Keluarga pertalian darah
  • Keluarga ideologi UMNO
  • Keluarga hubungan sahabat dan rakan kenalan

Maka calon-calon kena tahu dan kenal sedaramara masing-masing. Tak tahu tanya orang tua. Tidak rugi. Percayalah  cakap WZWH melalui pengalaman WZWH. Pengundi yang totok dan hardcore PAS pun bila main faktor sedara akan jadi lemah dan akhirnya mengundi calon tertentu walaupun dari UMNO!

Apa pun WZWH suka model keluarga Arab. Mari kita lihat faktor sedara dari budaya Arab:

Di dalam masyarakat Arab terdapat satu jalinan kekeluargaan yang sangat kukuh yang disusun daripada yang kecil kepada yang paling besar seperti berikut:

  • A'ilah-keluarga
  • Fasilah-gabungan antara keluarga
  • Bani-gabungan antara dua atau lebih fasilah
  • Fakhidh-gabungan antara dua atau lebih bani
  • Batn-gabungan antara dua atau lebih fakhidh
  • Imarah-gabungan antara dua Batn atau lebih
  • Kabilah-gabungan antara dua Imarah atau lebih
  • Sya'b-gabungan antara dua kabilah atau lebih bentuk sya'b (bangsa)

Orang PAS nak cakap asobiyyah cakaplah tapi jika calon-calon BN dengar cakap WZWH dan belajar menguasainya WZWH percaya dan yakin nak menang PRU 13 Jerantut kena guna faktor sedara!


Siapa keluarga yang punya rangkaian jalinan kekeluargaan yang sangat kukuh di Jerantut?

Definisi asobiyyah yang diberi oleh Nabi Muhammad SAW dapat difahami menerusi hadith Baginda SAW:

Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadith) bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman. (hadith riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya) Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan Ashobiyyah lalu berkata:
“Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Adapun tentang kecintaan terhadap sesuatu bangsa, Rasulullah s.a.w. sendiri ada menegaskan mengenai kecintaan terhadap bangsa Arab sebagaimana dalam hadith:

“Kecintaan terhadap bangsa Arab itu adalah (tanda) keimanan dan kebencian kepada mereka adalah (tanda) kemunafiqan(.Imam Al-Hakim berkata:Hadith ini sahih walaupun tidak diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Dapat difahami sayang kepada bangsa sendiri iaitu bangsa melayu yang di amanahkan pula oleh Allah untuk menerajui islam di negara ini tanpa melakukan penindasan kepada bangsa-bangsa lain adalah tidak di larang. Dalam masa yang sama sebarang kezaliman , kemungkaran dan kemaksiatan tetap dibenteras walaupun dilakukan oleh bangsa sendiri.

Maksud umum kepada asobiyyah bukan setakat berlaku apabila pembelaan kezaliman kepada bangsa tetapi ia juga boleh berlaku apabila kezaliman yang dilakukan oleh kumpulan, puak, organisasi, keluarga, parti atau jamaah dibela dan dipertahankan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024