Wednesday, February 29, 2012

Konvensyen Ekonomi Pahang 2012 Pahang Menjana Transformasi




















Ucaptama YAB MB Pahang DSD Adnan Yaakob tema Pahang Menjana Transformasi

Konvensyen berlansung di Hotel Zenith Kuantan selama 2 hari menarik 1000 peserta yang merupakan stakeholder Pahang.

Zaman Kerajaan mengetahui segalanya telah berlalu. Engagement dengan semua pihak adalah penting merencana yang terbaik untuk masa depan Pahang.

Pahang mensasarkan menjadi negeri maju pada tahun 2020.

Prestasi ekonomi GDP Pahang meningkat dari 4.5% pada 2010 kepada 4.9% pada 2011. Unjuran GDP 2012 disasar mencapai 5.2%.

Pelaburan swasta 2011 bernilai RM6.63 bilion tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Ini menandakan kestabilan politik, kemudahan prasarana, bekalan sumber asli, modal insan mantap kondusif kepada pelaburan.

DSD Adnan Yaakob MB Pahang berharap Konvensyen Ekonomi Pahang mengukuhkan 'smart partnership' antara Kerajaan Negeri dengan swasta.

Diharap lebih ramai pelabur melabur dalam sektor bernilai tinggi.

Tujuan konvensyen menghebahkan mengenai perancangan dan pembangunan ekonomi negeri selaras dengan visi DS Najib PM.

Mendapat input dan maklumbalas stakeholders ke atas perancangan dan pembangunan ekonomi negeri.

9 sektor utama dibengkelkan.

6 comments:

Anonymous said...

WZ ada detail tak tentang pelaburan 6 billion tu?

Anonymous said...

naik 5% pun nak buat apa? klu asas baru RM10 naik 50sen jerrr... banding pencapaian negeri lain naik 3% tapi gross dah RM100 jadi pencapaian actual 3ringgit. natijahnya...peratus tak menggambarkan situasi sebenar....

Anonymous said...

Kenapa mengikut rentak sasaran 2020, sepatutnya Pahang negeri terluas dan terkaya dengan hasil mahsulnya, rakyat dan negeri telah lama pesat membangun. Jika 5% menjadi ukuran tempoh 10 tahun, kajian sebelum ini penanda arasnya "0". Tidak maju kerana kepimpinan sentiasa memikirkan nak menang politik, tapi jika ikhlas, rakyat telah lama berada ditahap maju.

Anonymous said...

Pahang kaya denga sumber asli dan negeri paling besar di semenanjung. Tapi kemajuan tak lah hebat sangat. Infra asas seperti jalan dan highway pun lebih kurang saja. Perlu di tingkatkan lagi. Buat laa jalan keretapi Bentong ke Kuantan.

dobit127 said...

tulis lagi banyak2 kat sini... Mungkin WZWH boleh kemukakan di Konvesyen itu apa komen kita....

Anonymous said...

yg penting keseluruhan majlis konvensyen berjalan dgn lancar..ribuan tahniah diucapkan kepada pihak pengurus majlis..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024